Harian Metro

2 kereta antara ganjaran ditawarkan

-

Peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons barubaru ini mengumumka­n ganjaran hebat buat pelanggan setianya sempena sambutan ulang tahun kesembilan kad keahlianny­a, sejak diperkenal­kan.

Bermula dengan kejutan diskaun sehingga 50 peratus bagi senarai produk terpilih, Watsons juga menampilka­n dua hadiah kereta untuk pelanggan bertuah sepanjang kempen Member’s Birthday Bash sehingga 30 Oktober depan.

Pengarah Urusannya, Caryn Loh berkata, sepanjang kempen itu berlangsun­g, ahli Watsons berpeluang menikmati harga runtuh di semua rangkaian Watsons dan platform dalam talian, sekali gus merebut peluang membawa pulang dua Nissan X-Trail.

“Tahun ini, kami akan beri 2,000 mata ganjaran kepada pemegang kad Watsons apabila mereka membuat belian RM50 ke atas bagi produk Watsons Brand. Kami juga akan berikan baucar makan percuma bernilai RM500 dengan pembelian RM100 dan ke atas.

“Selain tawaran diskaun, kami menyediaka­n banyak ganjaran istimewa lain untuk ahli termasuk peluang memenangi Nissan X-Trail baru dan 100 hadiah khas bernilai sehingga 60,000 mata ganjaran,” katanya.

Caryn turut teruja memperkena­lkan ganjaran utama kempen itu di Watsons Members Birthday Bash yang berlangsun­g di pusat beli-belah One Utama, baru-baru ini.

Perasmian kempen itu turut dimeriahka­n dengan

kehadiran Pengarah Pelanggan Watsons

Malaysia, Danny Hoh dan dua Duta Watsons, Ayda

Jebat serta Jinniboy.

Dalam pada itu, Caryn berkata, Watsons juga melancarka­n program kesetiaan pelanggan pertamanya iaitu Watsons One Pass. Menerusi program ini, setiap pemegang kad Watsons berpeluang mengumpul mata ganjaran setiap kali berbelanja di kedai Watsons terpilih di rantau Asia, termasuk China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Thailand dan Indonesia.

“Watsons One Pass, yang dilancarka­n pada awal bulan ini, membolehka­n ahli Watsons menikmati manfaat perjalanan ketika singgah ke gedung Watsons terpilih.

“Mereka hanya perlu membawa kad Watsons atau menunjukka­n kad maya

di aplikasi Watsons MY untuk menikmati promosi tempatan, diskaun bahkan mendapat mata asas selepas pembayaran.

“Di Watsons kami akan terus menggabung­kan pengalaman membelibel­ah yang hebat dengan produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan kesihatan dan gaya hidup pelanggan,” katanya.

Jelas Caryn, pihaknya turut berbangga apabila Watsons kini berjaya memperoleh 5.5 juta ahli di seluruh negara, sejak dilancarka­n pada 2010.

“Program keahlian Watsons terus berkembang dan berinovasi sepanjang tahun seiring tawaran promosi, diskaun dan pelbagai kempen kesihatan serta kecantikan,” katanya.

 ?? FOTO ?? CARYN (dua dari kiri) dan Hoh (tiga dari kiri) bersama Aida dan Jinniboy yang memeriahka­n pelancaran kempen.
FOTO CARYN (dua dari kiri) dan Hoh (tiga dari kiri) bersama Aida dan Jinniboy yang memeriahka­n pelancaran kempen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia