Harian Metro

Oranje cerah peluang layak

-

Tallinn: Jaringan pertama Ryan Babel di peringkat antarabang­sa membolehka­n Belanda menang 4-0 ke atas Estonia semalam, sekali gus mencerahka­n peluang Oranje untuk layak ke pusingan akhir Euro 2020.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu menduduki tangga ketiga Kumpulan C dan walaupun berbaki satu perlawanan di tangan, mereka ketinggala­n tiga mata di belakang pendahulu, Jerman dan pasukan di tangga kedua, Ireland Utara.

“Sebelum perlawanan lagi, kami sedar bahawa jika kami gagal menumpukan perhatian, kami akan berada dalam keadaan sukar,” kata Babel, 32.

“Memang seronok rasanya dapat menjaringk­an dua gol pertama itu. Saya seorang pemain yang mengharapk­an kepada tahap keyakinan.

“Saya bukan lagi [pemain muda dan saya perlu menampung kekurangan dari segi kepantasan dengan pengalaman yang saya

Memphis Depay membuat penampilan ke-50 bersama Belanda dengan satu jaringan serta dua bantuan, manakala Georginio Wijnaldum meledak gol buat kali kedua dalam tempoh empat hari selepas turut berbuat demikian ketika pasukannya menang 4-2 ke atas Jerman di Hamburg.

Belanda yang juga juara Euro 1988, cuba kembali ke saingan utama Eropah selepas gagal layak pada edisi 2016 dan

Piala

Dunia

2018.

Didorong semangat tinggi selepas menang di Jermenungm­an, Belanda tidak gu lama sebaliknya cubaan Virgil van Dijk hampir mengpada hasilkan jaringan minit ketiga.

Pelawat mendahului pada minit ke-14 selepas Babel yang menyambut hantaran lintang Daley Blind, melepaskan rembatan rendah yang gagal diselamatk­an penjaga gol tuan rumah.

Babel yang tampil buat kali ke-60bersamaB­elanda,metiga nambah gol kedua minit selepas babak kedua selepas menerima hantaran Depay.

Depay meledak gol ketiga Belanda ketika permainan berbaki 14 minit manakala Wijnaldum melengkapk­an kemenangan 4-0 pada minit ke-87. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia