Harian Metro

‘Biar saya uruskan’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Oltmans optimis Malaysian Tigers mampu atasi Britain

“Kami akan mengubah situasi yang tidak memihak kepada kami sebagai satu kelebihan.”

Demikian pandangan ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans yang kekal positif di sebalik tugas getir anak buahnya bakal bertemu Britain pada aksi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo di London, November depan.

Jelas Oltmans, sememangny­a semua pihak mengharapk­an Malaysia memperoleh undian lebih baik terutama untuk bertemu pasukan seperti New Zealand, Sepanyol serta Kanada yang diletakkan satu balang bersama Britain.

Namun, katanya, ia tidak berlaku dan untuk itu Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menewaskan Britain dalam dua aksi timbal balik pada 2 dan 3 November depan di Pusat Tenis dan Hoki, London untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Mungkin kita mengharapk­an untuk bertemu Kanada, tetapi jangan lupa kami terpaksa mengharung­i perjalanan lebih panjang untuk ke sana selain faktor cuaca yang lebih sejuk.

“Jadi, setiap negara ada kelebihan dan kekurangan. Apapun, ia tugas saya untuk menjadikan kekurangan yang kami hadapi sebagai satu kelebihan,” katanya.

Mengambil kira pencapaian akhir-akhir ini, skuad negara dilihat mampu memberi saingan apabila bertemu pasukan Eropah. Skuad negara berjaya mengikat England 3-3 pada Kejohanan Jemputan Empat Negara di Terrassa, Sepanyol bulan lalu.

Britain bakal dibarisi majoriti pemain England selain Scotland dan Wales. Ketika ini England menduduki ranking ketujuh dunia, manakala skuad negara naik satu anak tangga di kedudukan ke-11. Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar dunia itu adalah pada edisi 2000 di Sydney, Australia.

Sementara itu, kenangan manis layak ke Piala Dunia 2018 secara merit menerusi kempen kelayakan di London setahun sebelum itu menjadi inspirasi untuk skuad hoki lelaki negara menjelang kempen kelayakan itu.

Kapten Malaysian Tigers, Mohamad Sukri Abdul Mutalib berkata, mengambil kira sejarah lalu itu, bukanlah mustahil dia serta rakan sepasukann­ya mengatasi Britain.

“Kami mempunyai sejarah manis di kota London pada 2017. Ketika itu kami tidak diberikan harapan untuk layak ke Piala Dunia. Tetapi, akhirnya kami berjaya melakukann­ya dengan layak secara merit. Semangat inilah yang akan diterapkan ke dalam pasukan untuk kempen kelayakan Sukan Olimpik kali ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia