Harian Metro

Pantau kekuatan Filipina

-

Kuala Lumpur: Menyedari Filipina bakal mencabar skuad ragbi tujuh sebelah negara, jurulatihn­ya, Saizul Hafifi Mohd Noor bersedia memantau kekuatan tuan rumah menjelang Sukan SEA Manila 2019.

Menurutnya, Filipina bukan saja akan menggunaka­n kelebihan bermain di gelanggang sendiri, tapi turut memanggil pulang pemain naturalisa­si untuk cuba merampas emas yang diraih anak buahnya dua tahun lalu.

“Kita akan melakukan analisis bersama pihak Institut Sukan Negara (ISN) untuk melihat prestasi semasa Filipina. Pada masa sama kita juga akan memantau aksi mereka November ini di kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2019,” katanya.

Menurut Saizul, kelayakan Olimpik itu adalah medan terbaik melihat prestasi anak buahnya dan juga negara lain yang mengambil bahagian termasuk Singapura.

“Di kejohanan berkenaan turut disertai Filipina dan Singapura, jadi kita boleh menilai prestasi kedua-dua negara itu sebelum melakukan persiapan terakhir ke Manila.

“Rombakan semula barisan dibuat untuk temasya kali ini, di mana kami membawa masuk beberapa pemain baharu. Mereka yang diserap setakat ini kami nampak ada perkembang­an positif dan mampu memberi kesan baik kepada prestasi pasukan,” katanya.

Beliau juga mengakui kehilangan dua atau tiga pemain berpengala­man tetapi tempat itu sudahpun diisi pemain baharu dengan harapan mampu memberikan impak besar terhadap skuad kebangsaan.

“Kami juga berharap mereka dapat menyesuaik­an diri dengan pemain lama selain memberikan komitmen tinggi serta kematangan dalam usaha mempertaha­nkan pingat emas,” katanya.

Dua tahun lalu skuad ragbi 7 sebelah negara menangi emas selepas menundukka­n Singapura, 22-7 dalam perlawanan akhir di Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya (MBPJ).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia