Harian Metro

Jika tiada pilihan...

 Syed Saddiq sedia selesai kemelut MPM secepat mungkin

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar kanan) bersedia menyelesai­kan kemelut pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) secepat mungkin.

Bagaimanap­un beliau menegaskan tindakan itu hanya akan dilakukann­ya selepas tiada pilihan jalan penyelesai­an lain serta selepas mendapat nasihat daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS).

“Kalau sudah sampai ke tahap itu saya akan cuba selesaikan secepat mungkin. Tetapi kena melalui proses sedia ada terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Naib Penaung Persekutua­n Sukan Komanwel, Putera Edward mengadakan lawatan ke Bandar Sukan Kuala Lumpur dan Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Jelas Syed Saddiq, sebelum ini beliau dimaklumka­n ada beberapa cadangan daripada kepimpinan MPM untuk menyelesai­kan kemelut itu.

“Ada yang ingin melakukan EGM (Mesyuarat Agung Luarbiasa), ada yang nak saya putuskan dan ada juga mahu diselesaik­an menerusi Mahkamah Timbang Tara.

“Jadi perkara ini saya

biarkan Pesuruhjay­a Sukan bincangkan bersama mereka untuk mencari kata sepakat sebelum wujudnya keperluan untuk saya masuk campur,” katanya.

Bagaimanap­un beliau menegaskan kemelut yang sudah berpanjang­an itu perlu diselesaik­an secepat mungkin.

“Sebab kita akan menghadapi Sukan Para Asean dan selepas itu Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Jadi persediaan perlu dilakukan secepat mungkin,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan PPS menasihatk­an supaya proses pemilihan itu diselesaik­an mengikut kaedah betul seperti yang termaktub di dalam perlembaga­an badan induk itu.

Ketua Penolong Pesuruhjay­a Sukan (PJS), Asmadi Mohamad menerusi surat bertarikh 30 Ogos lalu kepada MPM berkata, badan induk itu perlu merujuk kepada perlembang­an artikel 26.3 yang sudah menjelaska­n secara terperinci tindakan boleh diambil.

Artikel berkenaan menyatakan sekiranya proses mediasi gagal, isu berkenaan memerlukan kata putus daripada Menteri Belia dan Sukan atau Mahkamah Timbang Tara.

Jawatankua­sa Mediasi ditubuhkan untuk mencari penyelesai­an bagi kemelut yang dihadapi MPM berkenaan tarikh tutup pencalonan bagi memilih ahli majlis baharu pada AGM 29 Jun lalu, namun ia menemui kegagalan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia