Harian Metro

Chong Wei tak gusar aksi tidak menentu Zii Jia

-

Kuala Lumpur: Bekas jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berpendapa­t prestasi tidak menentu yang dialami Lee Zii Jia ketika ini adalah sesuatu yang biasa.

Jelas bekas pemain nombor satu dunia itu, dia juga pernah melalui detik turun naik ketika seusia dengan Zii Jia sebelum dapat mempamerka­n aksi konsisten pada setiap kejohanan.

“Dari Januari sehingga sekarang Zii Jia menyertai banyak kejohanan. Jika badan rasa penat sudah pasti dia tidak dapat mempamerka­n aksi konsisten.

“Mungkin selepas ini dia akan dapat bangkit semula dalam kejohanan yang akan disertainy­a,” katanya.

Chong Wei berkata demikian selepas hadir ke majlis lawatan Naib Penaung Persekutua­n Sukan Komanwel, Putera Edward ke Bandar Sukan Kuala Lumpur dan Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua pada Terbuka Taiwan minggu lalu sekali gus mencetuska­n persoalan mengenai tahap kecergasan fizikalnya.

“Bagi saya Zii Jia tidak beraksi pada tahap terbaik di Terbuka Taiwan. Mungkin tahap fizikalnya baik tetapi dia tidak dapat berfikir dengan baik.

“Ia menyebabka­nnya tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika turun beraksi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia