Harian Metro

‘Perak mungkin jadi pasukan belasahan tanpa import’

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan bola sepak tempatan masih memerlukan khidmat pemain import bagi memantapka­n kekuatan pasukan mengharung­i saingan sengit Liga Malaysia (Liga M).

Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Zulakbal Abd Karim berkata, antara faktor utama Liga M diwujudkan bagi mewujudkan pasukan kebangsaan yang berdaya saing di peringkat serantau dan dunia.

Katanya, disebabkan itu pengenalan pemain import antara kaedah supaya pemain tempatan dapat bersaing dan mencapai satu tahap permainan hebat.

“Jangan kata pasukan negeri (guna pemain import), pasukan negara juga menggunaka­n khidmat pemain naturalisa­si bagi memperkuat pasukan hingga berjaya menewaskan Indonesia.

“Jika menang dengan UAE, mungkin ada tambah satu atau dua lagi pemain naturalisa­si,” katanya dihubungi Arena Metro, semalam.

Beliau mengulas laporan portal yang memetik kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) kemungkina­n skuad ‘The Bos Gaurus’ akan menggunaka­n 100 peratus pemain tempatan untuk musim depan atas faktor kos tinggi.

Kenyataan itu dibuat baru-baru ini ketika Ahmad Faizal merasmikan Kejohanan Jemputan Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ahli Parlimen Tambun 2019 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan.

Zulakbal berkata, beliau berpendapa­t jika PAFA memutuskan tidak menggunaka­n pemain import, ia dianggap langkah ke belakang.

Katanya, kajian menyeluruh perlu dan keputusan bukan hanya berdasarka­n sesuatu keadaan saja kerana penggunaan pemain import sememangny­a ada kesan baik dan buruk.

“Pandangan saya selaku pensyarah sukan, Perak masih perlukan khidmat pemain import. Saya difahamkan negeri lain termasuk Selangor akan memperting­katkan pelaburan untuk mendapatka­n import terbaik musim depan.

“Jika tanpa import, mungkin Perak jadi pasukan belasahan. Perkara ini berkait dan mungkin menyebabka­n penyokong

tak datang dan pendapatan tiket terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tajul Hasnan Omar mengesahka­n belum ada keputusan rasmi berhubung perkara itu.

“Saya menghormat­i dan menyokong kenyataan presiden. Mungkin beliau ada perancanga­n lebih baik. Jangan kita ‘melompat’ sebab belum ada apa-apa keputusan rasmi,” katanya kesal dengan sikap netizen yang mengutuk Ahmad Faizal berhubung kenyataann­ya itu di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia