Harian Metro

Gurauan netizen cuit hati Davies

-

Kuala Lumpur: Gurauan netizen di media sosial mengaitkan dua daripada tiga gol yang diraih skuad Harimau Malaya ketika membenam Indonesia 3-2 dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Khamis lalu berpunca daripada kombinasi trio Pahang, jelas mencuit hati bek kanan negara, Matthew Davies.

Menerusi usikan di beberapa laman media sosial, jaringan skuad negara kononnya hanya akan terhasil sekiranya bantuan gol dimulakan oleh tonggak tengah, Nor Azam Abdul Azih dan Davies kepada penyerang naturalisa­si, Mohamadou Sumareh.

Kebetulan, pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, dua gol Sumareh masing-masing pada minit ke-12 dan 96 adalah hasil hantaran Azam Azih dan Davies, biarpun turut mempunyai peluang menjaringk­an gol hasil hantaran rakan sepasukan dari kelab lain.

“Mungkin itu hanya gurauan dalam kalangan peminat. Tapi kalau ikutkan memang kebetulan juga, dua daripada tiga gol itu hasil hantaran saya dan Azam kepada Sumareh,” katanya yang ketawa apabila menjawab soalan itu ketika ditemui pada sesi latihan sebelum ini.

Bagaimanan­pun, Davies mengakui latihan setiap hari dan perlawanan Liga Malaysia (Liga M) yang dilalui setiap minggu bersama Pahang, membawa manfaat besar buat skuad Harimau Malaya.

“Mungkin kami ada keserasian kerana kami bermain bersama di Pahang setiap minggu. Tapi bila kami bermain dalam skuad kebangsaan, kita kena cepat membiasaka­n diri dengan suasana.

“Apa yang lebih penting, kombinasi ini bagus untuk pasukan negara dan kami hanya memikirkan aksi terbaik untuk mencapai kemenangan buat pasukan,” katanya yang memiliki darah Malaysia-Australia.

Sementara itu, Davies percaya kejayaan membawa pulang tiga mata dari Gelora Bung Karno sedikit sebanyak memberi kelebihan buat pasukan yang menyasarka­n untuk layak ke Piala Asia pada 2023.

“Kemenangan ke atas Indonesia penting kerana kita meraih mata di gelanggang lawan. Penting untuk pasukan meraih sebanyak mana mata bagi mencerahka­n peluang merebut tempat di Piala Asia,” katanya.

Berdasarka­n format pertanding­an, juara setiap lapan kumpulan secara automatik akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan juga layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Selain juara, empat naib juara terbaik daripada lapan kumpulan turut mara dalam kedua-dua kejohanan itu.

Sasaran skuad kendalian Tan Cheng Hoe adalah sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan G itu.

 ??  ?? AKSI Davies (kanan) mengekang pemain UAE malam tadi.
SEBAHAGIAN peminat wanita hadir beri sokongan di stadium.
AKSI Davies (kanan) mengekang pemain UAE malam tadi. SEBAHAGIAN peminat wanita hadir beri sokongan di stadium.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia