Harian Metro

BUKAN LAGI BUDAK BELASAHAN

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Harimau Malaya pamer aksi terbaik sebelum tunduk 1-2 kepada UAE

Kuala Lumpur

Skuad Harimau Malaya hampir mencipta sensasi pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila nyaris memalukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

UAE yang berada di tangga ke-65 dunia, terpaksa bangkit daripada ketinggala­n

selepas Malaysia

yang menduduki ranking ke-159 memberi tentangan sengit sepanjang 90 minit aksi sebelum tewas 1-2.

Dalam aksi kedua kelayakan itu, Tan Cheng Hoe melakukan satu pertukaran dalam kesebelasa­n utama apabila menyenarai­kan Mohamadou Sumareh di dalam kesebelasa­n utama bagi menggantik­an Hadin Azman.

Sebaik tiupan wisel dibunyikan pengadil, Hiroyuki Kimura dari Jepun, pelawat dikejutkan dengan gol awal menerusi tandukan Syafiq Ahmad yang menerima hantaran lintang Matthew Davies.

Jaringan minit pertama itu jelas menaikkan semangat pemain negara yang terus mendominas­i permainan namun ketumpulan jentera depan sedikit mengecewak­an.

UAE yang dibimbing antara jurulatih terbaik dunia, Bert van Marwijk yang membawa Belanda muncul naib juara Piala Dunia 2010, dilihat tertekan dengan persembaha­n pantas pemain tuan rumah.

Syafiq dan Norshahrul Idlan Talaha harus menyalahka­n diri sendiri apabila percubaan masing-masing pada minit ke-14 dan 23 gagal menepati sasaran meskipun berpeluang menambah jaringan.

Namun, ketika aksi memasuki minit ke-43, benteng negara terperangk­ap dengan bola hantaran jauh pemain UAE yang meraih gol pertama hasil tandukan Ali Ahmed Mabkhout sekali gus memperdaya­kan ketua pasukan negara, Farizal Marlias.

Skuad negara terus mempamer aksi bertenaga pada babak kedua dan kemasukan dua tonggak, J Partiban dan Syamer Kutty Abba yang menggantik­an Norshahrul dan Sumareh berjaya menambah sengat di jentera serangan.

Skuad The Whites yang terdesak mahukan kemenangan turut membuat pertukaran memasukkan pemain terbaik Asia 2016, Omar Abdulrahma­n dan hasilnya pelawat meraih gol kedua hasil kesilapan benteng yang menyaksika­n Mabkhout sekali lagi mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-75. Malaysia seharusnya mengikat kedudukan tiga minit kemudian namun rembatan padu Safawi sekadar singgah di tiang ketika Khalid Eisa Bilal sudah pun tertewas.

 ??  ?? PEMAIN negara meraikan gol Syafiq (kiri). MABKHOUT (depan) jaring dua gol UAE.
PEMAIN negara meraikan gol Syafiq (kiri). MABKHOUT (depan) jaring dua gol UAE.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia