Harian Metro

HUTAN BAKAU SARAT PETROL

- Oleh Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Bekalan petrol dibawa sedikit demi sedikit dan dikumpul di kawasan hutan bakau sebelum diseludup keluar ke Filipina.

Itu antara taktik dan modus operandi yang digunakan seorang lelaki

warga asing apabila kegiatanny­a dikesan Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) di sini, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata berpanduka­n maklumat risikan itu, suspek berumur 23 tahun terbabit ditahan berikutan serbuan dijalankan di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan ‘pondohan’ di Pulau Bohey Dulang, di sini, kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya, hasil serbuan itu membawa kepada penemuan kira-kira 800 liter petrol yang diisi dalam 32 jerikin masing-masing mengandung­i 25 liter setiap satu disembunyi­kan dalam kawasan bakau yang disyaki untuk diseludup ke negara jiran itu.

 ??  ?? SUSPEK bersama barangan yang dirampas pihak berkuasa.
SUSPEK bersama barangan yang dirampas pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia