Harian Metro

Longlai atas puncak

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Tinorindak, Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, sejak kelmarin, ditemui selamat.

Mangsa, Mohd Idris Kauhinin, 25, dikatakan tersesat di kawasan hutan itu kira-kira jam 12 tengah hari, sebelum bapa saudaranya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau untuk meminta bantuan mencari mangsa.

Berdasarka­n laporan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pasukan bomba, polis, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA)

dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu penduduk kampung.

Mangsa bagaimanap­un hanya berjaya ditemui selamat jam 9.20 pagi semalam, selepas operasi diaktifkan semula jam 7 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, bomba kemudianny­a mengerahka­n empat anggota bersama sebuah kenderaan utiliti kereta pacuan empat roda (4WD) bergegas ke lokasi.

“Operasi pencarian dimulakan selepas itu namun terpaksa ditangguhk­an, berikutan cuaca gelap sebelum operasi disambungk­an semula semalam.

“Mangsa ditemui di kawasan hutan di puncak bukit dalam keadaan keletihan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ridwan berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ridwan berkata, jarak operasi SAR adalah sejauh 2.5 kilometer di sepanjang laluan menghala puncak dan operasi segera ditamatkan serta-merta pada jam 10 pagi tadi,” katanya.

 Pendaki Bukit Tinorindak hilang ditemui selamat

 ??  ?? MOHD Idris dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Tinorindak ditemui selamat pagi semalam ketika operasi mencari dan menyelamat.
MOHD Idris dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Tinorindak ditemui selamat pagi semalam ketika operasi mencari dan menyelamat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia