Harian Metro

Remaja alami masalah pembelajar­an gantung diri

-

Remaja lelaki yang mengalami masalah pembelajar­an ditemui mati tergantung oleh ibunya di rumah mereka di Kampung Suba Bandar, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superinten­dan Poge Nyaon berkata, ketika ibu mangsa ke tingkat atas rumah mereka kira-kira jam 7 petang, dia mendapati anaknya yang berusia 20 tahun itu tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung dengan lehernya terikat menggunaka­n wayar elektrik pada bahagian alang rumah.

“Ibu mangsa kemudian mendapatka­n bantuan daripada pihak hospital sebelum anaknya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi.

“Pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dan tubuh badan mangsa dalam keadaan baik serta tiada kesan lebam,” katanya.

Poge berkata, hasil siasatan mendapati kali terakhir mangsa berjumpa dengan ibunya adalah pada sebelah petang dan tiada perubahan ketara ditunjukka­n mangsa.

“Ibu mangsa juga memaklumka­n anaknya pernah menerima rawatan perubatan kampung dan menjalani upacara sembahyang kerana berkelakua­n aneh disyaki diganggu makhluk halus.

“Sejak sebulan yang lalu, mangsa juga sudah beberapa kali dibawa ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Bau kerana masalah kesihatan serta kemurungan,” katanya.

Tambahnya, ibu mangsa dan ahli keluarga tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah oleh pihak lain dan tidak mahu sebarang siasatan serta bedah siasat dilakukan.

“Susulan itu, ibu mangsa dan ahli keluarga dinasihati membawa salinan laporan polis ke Suruhanjay­a Sumpah untuk mengangkat sumpah sekiranya tidak mahu sebarang siasatan dibuat terhadap mendiang.

“Polis akan meneruskan siasatan dan kes kini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

 ??  ?? TALI yang digunakan mangsa untuk menggantun­g diri di rumahnya di Kampung Suba Bandar, Bau.
TALI yang digunakan mangsa untuk menggantun­g diri di rumahnya di Kampung Suba Bandar, Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia