Harian Metro

Dua lagi masih hilang

-

Mayat seorang daripada tiga pemancing lelaki yang hilang selepas bot dinaiki dipercayai karam di Pulau Sari di sini, ditemui semalam.

Mayat Yee Chee Tiong, 30, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.40 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Lawas, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis.

“Dua lagi mangsa yang hilang dikenali sebagai Faruk

Arina Ahmad Sabri, 29, dan Mohd Amirul Bakar, 26, masih belum dijumpai.

“Setakat ini, penduduk Kampung Punang yang keluar mencari kesemua mangsa hanya menjumpai dua tong ikan dipercayai milik mangsa di perairan Pulau Sari,” katanya.

Katanya, semua mangsa keluar memancing pada jam 5 pagi semalam dan panggilan terakhir diterima daripada mangsa ialah pada jam 3 petang.

“Namun sehingga jam 4 petang semalam, mereka gagal dihubungi. Laporan polis sudah dibuat pada jam 7.54 malam kelmarin.

“Gerakan untuk mencari dua lagi mangsa masih dijalankan dengan kekuatan 40 anggota pelbagai agensi termasuk empat penduduk kampung,” katanya.

 Mayat seorang daripada tiga pemancing hilang ditemui semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia