Harian Metro

UMRAH DUIT DADAH

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Seorang ketua sindiket dadah di negeri ini ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ketika mahu berangkat menunaikan umrah, Khamis lalu.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 2 petang susulan rampasan 700,000 pil kuda di Jalan Lubuk Kiat-Kubang Kuau, Pasir

Mas pada hari sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, terdahulu pihaknya dengan kerjasama polis Kontinjen Kelantan menjalanka­n risikan menerusi Ops Toucan sejak April lalu.

Katanya, pada 5 September, pihaknya menjalanka­n operasi dan menahan tiga lelaki berusia 19 sehingga 53 tahun yang menaiki kereta Perodua Myvi di Pasir Mas pada jam 12 tengah hari.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui 700,000 pil kuda seberat 77.61 kilogram bernilai RM10.5 juta yang baru diambil dari negara jiran.

“Dua jam kemudian, kita menahan seorang lelaki yang juga ketua sindiket terbabit di KLIA untuk siasatan lanjut.

“Selepas itu, kita menahan seorang wanita berusia 48 tahun di sebuah rumah Jalan Yaakubiah di sini, jam 5 petang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Menurutnya, sindiket ini dipercayai aktif sejak setahun lalu dengan menggunaka­n modus operandi mendapatka­n bekalan dari negara jiran sebelum dijual secara pukal dan runcit.

“Suspek wanita adalah pengurup wang tanpa lesen dipercayai berperanan menguruska­n aliran wang sindiket berkenaan,” katanya

Katanya, polis turut menyita kenderaan, wang tunai dan barang kemas bernilai RM476,000.

“Semua suspek direman seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 Ketua sindiket dadah ditahan di KLIA babit rampasan 700,000 pil kuda bernilai RM10.5 juta

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Khalil (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas.
MOHD Khalil (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas.
 ?? FOTO: FATHIL ASRI ?? WANG tunai dan barang kemas yang dirampas.
FOTO: FATHIL ASRI WANG tunai dan barang kemas yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia