Harian Metro

Lelaki rugi RM59,000 ditipu dalam urusan jual beli

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki kerugian RM59,000 selepas ditipu seorang lelaki dalam urusan penjualan sarang burung walet di Jalan Imbi, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa dia pelanggan tetap dan mahu menempah tujuh kilogram sarang burung walet. Menurut sumber, mangsa kemudian diarahkan untuk menghantar pesanan itu di bawah jejantas jalan kaki di Jalan Imbi sebelum bertemu suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia