Harian Metro

20 ditahan bantu siasatan jual MyKad

-

Kuala Lumpur: Polis sudah menahan seramai 20 individu termasuk kakitangan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

Serbuan dilakukan pada 19 Ogos lalu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, semua mereka berusia 32 hingga 70 tahun ditahan dalam operasi khas

(gambar)

susulan penahanan beberapa suspek terdahulu.

Menurutnya, mereka terdiri 17 warga tempatan termasuk dua wanita, masing-masing satu lelaki dan wanita warga China serta seorang lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua mereka yang ditahan membabitka­n ejen, orang tengah, penganjur, pemilik kad pengenalan, sijil lahir dan pasport Malaysia palsu.

“Polis turut merampas 38 telefon bimbit, dua unit pemprosesa­n pusat komputer riba (6), pasport (34), kad pengenalan (11), pemacu pena (19), salinan sijil kelahiran (5), salinan kad pengenalan (6) dan salinan pasport (58).

“Tiga borang permohonan kad pengenalan, buku daftar pesuruhjay­a sumpah (4), beberapa dokumen JPN, kereta (6) dan wang tunai RM38,340.21 turut dirampas untuk siasatan,” katanya.

Menurutnya, semua 20 individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (Pindaan) 2010.

Katanya, siasatan ke atas mereka dibuat mengikut Akta Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 dan direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta SOSMA 2012.

“Siasatan awal mendedahka­n operasi mereka di mana ejen sindiket akan mencari warga asing yang mahu mendapatka­n taraf warganegar­a.

“Pegawai JPN terbabit kemudian akan menguruska­n sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah.

“Semasa proses kemas kini data, pegawai terbabit akan mengarahka­n kakitangan JPN untuk terbabit sama, dan sindiket ini mampu memperoleh bayaran antara

RM100,000 hingga RM600,000 bergantung kepada permintaan mereka,” katanya.

Menurutnya, suspek yang juga kakitangan JPN akan didakwa mengikut Seksyen 26E ATIPSOM, Seksyen 466 Kanun Keseksaan (tuduhan pilihan) dan Peraturan 25(1)(I) PPPN.

Katanya, lima suspek lain juga akan didakwa mengikut Seksyen 26E ATIPSOM, manakala siasatan sedang dilakukan terhadap individu lain.

“Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sedang mengesan ahli sindiket terbabit yang masih bebas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia