Harian Metro

Serbuan ikut SOP

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

 Tindakan sekat Syiah bertepatan dengan peraturan

ais (Jabatan Agama Islam Selangor) buat serbuan dan tangkapan pengikut Syiah mengikut prosedur standard (SOP) yang betul,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, fatwa oleh Jabatan Fatwa Negeri Selangor bahawa Syiah bercanggah dan menyelewen­g daripada ajaran Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Oleh itu, katanya, atas asas itu maka tindakan dilakukan oleh Jais adalah bertepatan dengan peraturan.

“Orang bukan Islam mesti faham bahawa Syiah adalah di bawah hal ehwal Islam, maka tindakan ke atas kumpulan adalah mengikut bidang kuasa Jais,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Muafakat Majlis Perundinga­n Wanita Rahmah (Mawar) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Islam di sini, semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Pengerusi Mawar, Dr Hafidzah Mustaqim.

Sabtu lalu, Ketua Syiah Malaysia, Kamil Zuhairi Abdul Azizi antara 22 pengikut ajaran itu yang ditahan Jais di markas Hauzah ar-Ridha Taman Gombak, Gombak.

Serbuan pada jam 9.55 malam itu dibuat selepas Jais menerima maklumat mereka berkumpul bagi memperinga­ti pertempura­n Karbala menjelang Hari Ashura, semalam.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) di Sri Jais, Azlinda Azman berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima aduan orang awam berkaitan aktiviti dilakukan penganut Syiah di Gombak.

Berikutan itu, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempersoal­kan tindakan pihak berkuasa agama yang melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pengikut Syiah di negara ini.

Dalam pada itu Fuziah mengingatk­an, isu Syiah bukan soal kebebasan beragama sebaliknya ia adalah di bawah ruang lingkup Islam yang tidak sepatutnya pihak lain mencampuri urusannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia