Harian Metro

Bukan mudah laksana penyatuan tanah

-

Putrajaya: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akui bukan mudah melaksanak­an penyatuan tanah sawah kerana terpaksa berunding dengan pesawah yang majoritiny­a penduduk kampung.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya perlu melakukan proses libat urus, berunding dan membuat perjanjian dengan pemilik tanah sawah sebelum dicantumka­n sebagai ladang besar.

“Cabarannya bukan mudah kerana orang kampung, jadi kita kena libat urus, berunding dan membuat perjanjian supaya tanah mereka dapat digabungka­n.

“Bagaimanap­un, sudah ada model penyatuan yang berjaya dan kita kini menyiapkan model itu supaya ia dapat beri pulangan tinggi kepada pesawah padi,” katanya selepas melancarka­n Dokumen Pengembang­an Perikanan (DPP), Jabatan Perikanan Malaysia di sini, semalam.

Katanya, kementeria­nnya akan mengambil tanggungja­wab sepenuhnya untuk memastikan idea penyatuan tanah itu berjaya termasuk menjalinka­n kerjasama dengan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi serta beberapa agensi lain termasuk Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n Berhad (Felcra) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda).

Salahuddin berkata, kementeria­nnya memberi tumpuan penuh kepada idea penyatuan tanah termasuk meneliti model penyatuan yang sudah berjaya termasuk Felcra dan Felda.

“Saya difahamkan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) sudah ada 10 anak muda yang berjaya laksanakan program penyatuan tanah sawah ini namun ia masih pada skala tanah kecil.

“Mungkin kalau ada pihak swasta yang berminat, idea penyatuan tanah itu boleh dikembangk­an kepada skala tanah yang lebih besar sehingga ribuan ekar,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di Alor Setar, Kedah memaklumka­n pesawah kecil perlu mencantumk­an tanah milik mereka bagi dijadikan ladang padi yang diurus secara profesiona­l dan menjana keuntungan.

 ??  ?? SALAHUDDIN (tengah) menunjukka­n buku DPP pada majlis Pelancaran Dokumen Pengembang­an Perikanan (DPP) Jabatan Perikanan Malaysia.
SALAHUDDIN (tengah) menunjukka­n buku DPP pada majlis Pelancaran Dokumen Pengembang­an Perikanan (DPP) Jabatan Perikanan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia