Harian Metro

Polis buka dua kertas siasatan

-

Melaka: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden salah faham membabitka­n anak seorang ahli politik dari Melaka serta anggota polis dalam kejadian di Klebang, baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

“Kita buka dua kertas siasatan, satu bersabit dengan Seksyen 506 Kanun Keseksaan manakala satu lagi bersabit Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dakwaan berlaku kekasaran.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan termasuk memanggil beberapa lagi individu untuk diambil keterangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (Perkep) Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) Bukit Beruang, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, Datuk Rosly Abas dan Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lailli Masduki.

Terdahulu, kejadian anak seorang ahli politik mendakwa diserang tanpa sebab oleh anggota polis yang sedang membuat sekatan jalan raya dalam kejadian di Klebang pada awal pagi 31 Ogos lalu, tular di media sosial.

Insiden itu turut membabitka­n beberapa remaja lain yang mendakwa mereka juga dipukul sehingga menyebabka­n kecederaan, manakala polis turut mendakwa anggotanya mengalami kecederaan ringan akibat insiden berkenaan.

Mengulas jumlah individu yang dipanggil untuk memberikan keterangan, Raja Shahrom berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengulas lanjut memandangk­an siasatan masih dijalankan.

Ditanya adakah polis juga akan memanggil dua ahli politik di sebalik insiden berkenaan, beliau berkata semestinya individu berkenaan dipanggil.

 ??  ?? RAJA Shahrom (kiri) menyerahka­n dokumen serah tugas kepada Sharul Lalli sambil disaksikan Rosly pada Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Melaka di Padang Kawad IPK Melaka, semalam.
RAJA Shahrom (kiri) menyerahka­n dokumen serah tugas kepada Sharul Lalli sambil disaksikan Rosly pada Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Melaka di Padang Kawad IPK Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia