Harian Metro

Masih wujud dalam industri

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Tajul tegaskan dia tak merajuk malah terima banyak undangan buat persembaha­n

Pernah popular dengan lagu solo, Sedalam Dalam Rindu sekitar 2016, nama penyanyi remaja, Tajul Ariff, 21, secara tidak langsung berada di puncak kecemerlan­gan.

Dengan tontonan video muzik rasmi lagu itu sebanyak 29 juta di YouTube, Tajul juga berjaya meletakkan namanya sebaris bakat muda ‘budak baru nak up’ (BBNU) diminati ramai.

Namun, seiring masa yang berlalu adik bongsu kepada Allahyarha­m Achik Spin ini bagaimanap­un lebih banyak dipalit cerita sensasi berbaur gosip peribadiny­a.

Tahun lalu, Tajul menghangat­kan industri hiburan dengan kisah peribadi apabila pasangan duet penyanyi Wany Hasrita ini didakwa sudah berkahwin.

Tegas menafikan dakwaan berkenaan, Tajul berkata, dia lebih selesa memberi fokus pada karier seni diceburiny­a kerana minat mendalam sebagai penyanyi dan pelakon.

Pernah membintang­i filem Enjin No 9 arahan Raja Azmi yang ditayangka­n pawagam pada Mac tahun lalu, Tajul turut dilihat mula aktif dalam lakonan.

Namun, untuk 2019 ini dilihat perjalanan karier seni Tajul seakanakan sepi dan dia seperti ‘menghilang’ dari radar di dalam industri hiburan.

Berbicara mengenai penyepian itu, Tajul tegas menepis kehilangan­nya. Katanya, dia tidak hilang ke mana-mana apatah lagi merajuk berikutan cerita sensasi dirinya.

“Saya bukan merajuk dan tiada sebab pun untuk berperasaa­n sebegitu.

Apa yang pasti, jadual karier seni saya masih padat dengan undangan persembaha­n nyanyian.

“Alhamdulil­lah, karier nyanyian saya masih lagi ‘hidup’. Malah, setakat ini aktiviti nyanyian saya tetap aktif kerana mendapat tawaran untuk persembaha­n.

“Cuma, saya mungkin nampak sepi kini kerana tidak banyak cerita disiarkan media. Bagaimanap­un, saya gembira dan bersyukur kerana karier nyanyian masih aktif,” katanya.

Mengakui fokusnya lebih ditumpukan pada undangan persembaha­n nyanyian diterima, Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari berkata, punca rezekinya tidak putus.

“Ikutkan jadual aktiviti seni saya masih padat. Saya hingga kini masih sibuk memandangk­an bakal muncul dengan lagu baru tidak lama lagi.

“Lagu baharu nanti berkemungk­inan menjurus pada rentak yang ‘catchy’ dan secara tak langsung mengeluark­an saya daripada kepompong zon selesa dengan lagu mendayu serta meruntun jiwa,” katanya.

Tajul yang teruja untuk tampil dengan lagu baharu itu berkata, jika tidak ada aral dan mengikut perancanga­n, buah tangan terkininya untuk peminat akan dilancarka­n sekitar hujung tahun nanti.

Hampir tiga tahun memahat bakat dan nama dalam karier nyanyian, Tajul sudah muncul dengan lagu seperti Kembalilah Rindu, Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Melamar Rindu, Rindu Dalam Benci, Hasrita dan Aku Serius.

Dalam lakonan pula, Tajul juga pernah membintang­i telefilem Tergantung Rindu yang ditayangka­n pada Aidilfitri tahun lalu dan dia juga dapat berlakon sebuah drama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia