Harian Metro

Dimensi baharu telefon pintar

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Galaxy Fold, peranti boleh lipat pertama di dunia umpama dua dalam satu

Samsung Electronic­s Co Ltd baru-baru ini mengumumka­n pelancaran secara komersial peranti boleh lipat pertama di dunia iaitu Galaxy Fold dan mula dijual bermula awal minggu lalu di Korea Selatan.

Penjualann­ya juga dilaksanak­an di Perancis, Jerman, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain menerusi dua varian iaitu Cosmos Black serta Space Silver.

Peranti itu turut didatangka­n dengan teknologi jaringan terkini iaitu 5G di beberapa negara terpilih dan pengguna boleh merasai sendiri pengalaman menggunaka­n peranti boleh lipat.

Galaxy Fold direka khusus untuk memberikan pengalaman yang sangat berbeza kepada pengguna dan ia juga sangat sesuai untuk kepelbagai­an tugas sama ada menutupnya dan menggunaka­n sebelah tangan seperti telefon pintar biasa atau membukanya umpama sebuah tablet dengan keluasan paparan 7.3 inci Infinity Flex.

Sejak beberapa bulan lalu, Samsung sudah menaik taraf Galaxy Fold supaya peranti itu bukan saja tahan lasak, tetapi memberikan pengalaman yang cukup unik bagi pemiliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen IT dan Telekomuni­kasi Mudah Alih, DJ Koh berkata, pelancaran semula Galaxy Fold secara komersial itu mengubah landskap telefon pintar secara keseluruha­nnya dan memecahkan batasan peranti sebelum ini yang hanya tertumpu kepada skrin paparan yang kecil.

“Kini, kami sangat teruja untuk melancarka­n peranti ini secara komersial dan ia membawa dimensi baharu kepada telefon pintar. Jika peranti tradisiona­l yang lain, semua tertentu kepada skrin paparan yang tetap namun menerusi Galaxy Fold ia umpama dua dalam satu.

“Pengguna boleh menggunaka­n Galaxy

Fold seperti telefon pintar dan boleh juga membuka peranti itu untuk dijadikan sebagai tablet jika memerlukan tugasan pada skrin paparan yang luas.

“Kita melihat pengguna memberi maklum balas yang sangat positif terhadap peranti yang mempunyai skrin paparan yang besar dan Galaxy Fold ini adalah revolusi peranti mudah alih sebenar,” katanya.

Beliau berkata, peranti berkenaan bukan saja menawarkan saiz paparan yang besar malah memberikan inovasi terkini kepada pengguna dan ia adalah landskap baru untuk peranti mudah alih secara keseluruha­nnya.

Galaxy Fold menggabung­kan keselesaan pengguna umpama telefon pintar dalam masa sama turut memberikan skrin yang lebih besar jika pengguna perlu melakukan tugasan seperti meneliti statistik atau jadual.

Pengguna yang mahu maklumat lanjut berkenaan Galaxy Fold boleh melayari pautan news. samsung.com/galaxy, www.samsungmob­ilepress.com atau www.samsung.com/global/galaxy/ galaxy-fold.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia