Harian Metro

Sekolah dibuka

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Sesi persekolah­an bagi 409 sekolah rendah dan menengah di negeri ini berjalan seperti biasa selepas ditutup akibat Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai bacaan sangat tidak sihat kelmarin.

Sekolah berkenaan yang terletak di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Lundu dibuka semula semalam.

Tinjauan Harian Metro di beberapa sekolah rendah dan menengah mendapati ramai murid serta pelajar turun ke sekolah dengan memakai topeng muka.

Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road, Euricqo Rougerie, 8, berkata, ibunya sudah berpesan untuk memakai penutup mulut demi kesihatan.

“Ibu kata udara masih tidak bersih dan berbau asap. Sebab itu, dia memberi saya penutup mulut untuk dipakai di sekolah,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Nur Atiqah Ahmad, 15, berkata, dia turut hadir ke sekolah dengan memakai topeng muka kerana keadaan masih berjerebu.

“Saya tidak mahu kesihatan terjejas akibat jerebu. Lagipun, saya sedang membuat

 409 sekolah rendah, menengah berjalan seperti biasa

persiapan untuk Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula hujung bulan ini,” katanya.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, setakat jam 10 pagi, kesemua sekolah rendah dan menengah yang terjejas kerana jerebu beroperasi seperti biasa.

“Laporan yang diterima berkenaan penutupan sekolah semalam akibat jerebu membabitka­n 347 sekolah rendah dan 62 sekolah menengah.

“Penutupan itu menjejaska­n sesi pembelajar­an dan pengajaran 157,479 murid serta pelajar,” katanya.

Berdasarka­n kenyataan itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan dengan lancar seperti yang dijadualka­n.

Setakat jam 12 tengah hari, tiga lokasi mencatatka­n IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (156), Kuching (143) dan Kota Samarahan (123).

Sepuluh tempat lain pula mencatatka­n bacaan sederhana dengan Sibu (80), SK Baram (72), Mukah (77), Miri (72), Bintulu (87), Samalaju (80), Kapit (69), Limbang (56), Sarikei (73) dan Institut Latihan Perindustr­ian Miri (75).

Sementara itu, Kalimantan Indonesia mencatatka­n jumlah tompok panas terbanyak iaitu 736 dan Sumatera dengan 554.

Di Sarawak, 11 tompok panas dikesan membabitka­n empat di Sarikei dan dua masing-masing di Kapit, Bintulu dan Sri Aman serta satu di Miri.

 ??  ?? PELAJAR tahun dua mengunakan penutup hidung dan mulut di SK Green Road, semalam.
PELAJAR tahun dua mengunakan penutup hidung dan mulut di SK Green Road, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia