Harian Metro

PELAJAR BANTAH GABUNG UNIVERSITI

- Hanneeyzah Bariah Baharin am@hmetro.com.my

 Cadangan penggabung­an tidak hanya beri kesan kepada pelajar, kakitangan universiti turut terkesan

Lebih 20,000 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak bersetuju dan membantah cadangan penggabung­an dua universiti itu.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dua universiti ternama di Pantai Timur itu berpendapa­t, penggabung­an UMT dan UniSZA bukan saja menghilang­kan identiti institusi pengajian tinggi itu, tetapi juga latar belakang pengajian universiti yang jauh berbeza.

Yang Dipertua MPP UMT 2018/2019, Muhammad Hasyimi Hasyim Mohd Suddin, 22, berkata, penggabung­an itu juga akan menjejaska­n hubungan baik dan kenalan UMT dengan banyak universiti di negara luar terutama China, Jepun serta Eropah.

“Penggabung­an itu menghilang­kan latar belakang bidang pengajian UMT yang lebih kepada penyelidik­an dan program kelautan yang jarang

didapati di universiti lain, berbeza dengan UniSZA yang lebih kepada program pengajian Islamik, perubatan dan pengurusan.

“Kami juga yakin apabila penggabung­an ini dilakukan, nama UMT hilang kerana nama UniSZA memang tidak boleh diubah berikutan ia membabitka­n perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Justeru mustahil penggabung­an turut meletakkan nama UMT.

“UMT juga banyak menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan universiti luar terutama di China, Jepun dan negara Eropah membabitka­n pelbagai kerjasama dua universiti dan ia pasti terbantut dengan penggabung­an UMT dan UniSZA,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Penuntut Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitar­an) UMT itu berkata, cadangan penggabung­an itu tidak hanya memberi kesan kepada pelajar, tetapi juga warga universiti keseluruha­nnya terutama kakitangan pelbagai peringkat.

“Kakitangan dua universiti ini mungkin ada yang bakal kehilangan pekerjaan terutama yang berstatus kontrak. Apabila bergabung, kakitangan bertambah ramai, jadi adakah mereka kekalkan kakitangan yang ada, tentunya tidak dan pasti ada yang diberhenti­kan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, MPP UMT akan mengadakan ‘Himpunan Tolak Gabungan UMT-UniSZA’ di Dewan Sultan Mizan UMT, 5 petang ini, bagi menzahirka­n bantahan secara aman terhadap cadangan penggabung­an dua universiti itu.

Sementara itu, Presiden MPP UniSZA, Harun Osman, 24, berkata, penggabung­an itu juga akan membantutk­an misi dan visi dua universiti itu yang jelas berbeza sekali gus menjejaska­n kebolehpas­aran graduan UMT dan UniSZA.

“Penggabung­an ini menjejaska­n UMT dan UniSZA dalam mencapai misi serta visi kedua-dua universiti. Lebih menyedihka­n kakitangan sokongan dan pekerja am kedua-dua universiti mungkin bakal kehilangan pekerjaan,” katanya.

Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropolog­i dan Dakwah) UniSZA itu berkata, UMT dan UniSZA masing-masing menerima anggaran RM200,000 setahun dan penggabung­an itu menyebabka­n dana diterima berkuranga­n, sekali gus merencatka­n perkembang­an kedua-dua universiti.

“Ini memberi kesan dan menganiaya kedua-dua universiti kerana UMT misalnya mempunyai kapal yang digunakan untuk penyelidik­an dan memerlukan kos penyelengg­araan tinggi, begitu juga UniSZA yang mempunyai bangunan hospital,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam kenyataan semalam berkata, kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabung­an UMT dan UniSZA serta persetujua­n itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 4 September lalu.

Kenyataan itu juga menyebut, Kementeria­n Pendidikan amat positif dengan cadangan penggabung­an itu dan kini menyediaka­n kerangka bagi pelaksanaa­nnya.

Sebuah jawatankua­sa khas dibentuk yang dianggotai wakil daripada kalangan pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar serta wakil daripada pelbagai agensi dan kementeria­n serta pihak berkepenti­ngan bagi menggerakk­an penggabung­an ini yang dijangka mengambil masa enam bulan.

 ??  ??
 ??  ?? Penggabung­an ini menjejaska­n UMT dan UniSZA dalam mencapai misi serta visi kedua-dua universiti”
Harun Osman
Penggabung­an ini menjejaska­n UMT dan UniSZA dalam mencapai misi serta visi kedua-dua universiti” Harun Osman
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia