ADA DUIT BOLEH SAJA

 Wanita warga China hanya tersenyum disoal pegawai imigresen dalam bahasa Melayu bongkar beli MyKad RM100,000

Harian Metro - - Muka Depan - Shamsul Munir Safini shamsulmun­[email protected]

> Semua soalan yang hanya dijawab dengan senyuman ketika memohon pasport membongkar kegiatan menjual MyKad kepada seorang wanita warga China yang tidak tahu langsung berbahasa Malaysia. Berikutan itu, seorang pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara ditahan bersama ejennya yang menjual MyKad pada harga

RM50,000 hingga RM100,000 sekeping, lapor Shamsul Munir Safini.

Melantik ejen dan mengenakan bayaran RM50,000 hingga RM100,000 kepada mana-mana warga asing mendapatka­n MyKad dan menjadikan mereka warganegar­a Malaysia.

Itu modus operandi seorang pegawai kanan JPN Pulau Pinang berumur 40-an yang bersekongk­ol dengan seorang ejen atau runner yang ditugaskan mencari pelanggan berminat mendapatka­n MyKad.

Namun, sebaik berjaya menjual enam MyKad, kegiatan pegawai kanan terbabit dibongkar selepas diberkas polis bersama seorang lelaki yang juga runner serta seorang wanita warga asing yang membeli MyKad diluluskan pegawai berkenaan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas seorang warga China yang membeli MyKad berkenaan tampil di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membuat pasport, minggu lalu.

“Wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke imigresen negeri untuk membuat pasport Malaysia dengan mengemukak­an MyKad miliknya yang sah.

“Namun, status kewarganeg­araan wanita itu diragui selepas berlaku masalah komunikasi dengan pegawai bertugas.

“Wanita terbabit gagal menjawab semua soalan yang diajukan di dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum,” katanya.

Katannya, pegawai Imigresen yang curiga dengan kejadian itu kemudianny­a

membuat laporan polis.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, wanita warga China terbabit ditahan polis sebelum satu pasukan khas terdiri daripada Cawangan Khas, Unit Siasatan Jenayah Terancang (D14) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Pulau Pinang ditubuhkan bagi mengesan kegiatan pegawai kanan berkenaan.

“Hasil intipan dan siasatan, pasukan khas berkenaan menahan pegawai kanan JPN terbabit di pejabatnya sebelum menahan seorang lagi lelaki dipercayai ejen atau runner kepada pegawai kanan terbabit manakala wanita asing berkenaan ditahan lebih awal,” katanya.

Menjelaska­n lanjut, sumber itu berkata, modus operandi sindiket menggunaka­n ejen yang akan membawa butiran pelanggan untuk diproses kepada pegawai kanan berkenaan selepas menerima bayaran.

“Semua urusan tunai. Satu MyKad dijual antara RM50,000 hingga RM100,000,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPN berkata, pihaknya menunggu siasatan penuh dijalankan polis sebelum mengeluark­an sebarang kenyataan berhubung penahanan pegawai kanan di agensi berkenaan.

Sumber

Semua urusan tunai. Satu MyKad dijual antara RM50,000 hingga RM100,00”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.