Harian Metro

KUNING JEREBU

• Pemindahan pelajar gunakan pesawat komersial • Seramai 306 pelajar Malaysia di Pekan Baru dan Jambi dipindahka­n. • “Kami pakai topeng walaupun dalam rumah IPU lebih 500,” - Pelajar Malaysia

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

“Kami terpaksa memakai topeng penutup hidung dan mulut meskipun sewaktu berada di dalam rumah kerana udara berbau asap terbakar yang kuat.

“Biarpun tidak selesa namun kami tidak mempunyai pilihan, ” kata pelajar Malaysia di Jambi, Ahmad Ridha Alias, 28.

Menurut Ahmad Ridha, jerebu teruk melanda

Jambi bermula malam Jumaat lalu dan kemuncakny­a, langit bertukar merah pada petang Sabtu terutama di kawasan Kumpeh Hulu.

Katanya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Jambi masih lagi melebihi 500 iaitu berada di tahap berbahaya dan memburukka­n keadaan, kawasan itu juga dilanda kemarau.

Namun, hujan pada petang semalam sedikit sebanyak membantu memulihkan kualiti udara di kawasan itu.

“Langit di sini pada waktu tengah hari berwarna kuning seperti waktu Maghrib dan keadaan sekitar memang gelap berbanding biasa.

“Begitupun, premis perniagaan mahu pun pejabat masih dibuka seperti biasa, hanya universiti dan sekolah saja yang ditutup sejak 22 September lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Kata pelajar tahun empat, jurusan Syariah dan Perbanding­an Mazhab, Universiti Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin, pihaknya juga sering berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan Education Malaysia Indonesia (EMI) bagi memantau perkembang­an terkini keadaan jerebu.

Kata Ahmad Ridha, pelajar Malaysia di Jambi dianggarka­n hampir 120 orang termasuk kumpulan pelajar baharu yang tiba semalam dan mereka dibekalkan dengan topeng penutup hidung dan mulut sejak seminggu lalu selain dinasihatk­an supaya mengurangk­an aktiviti luar.

“Meskipun ada kawasan yang diisytihar­kan darurat, namun Alhamdulil­lah, kami masih dalam keadaan selamat.

“Ada beberapa pelajar sebelum ini mengalami sakit tekak dan lelah tetapi tidak kritikal serta sudah pun mendapatka­n rawatan susulan,” katanya.

Mengulas mengenai proses evakuasi, Ahmad Ridha berkata, jika tiada halangan, pelajar di Jambi akan dipindahka­n ke Jakarta dan tanah air pada pagi esok.

“Maklumat lanjut mengenai proses pemindahan itu bagaimanap­un belum diperoleh namun pelajar di Jambi sudah diarahkan supaya bersedia,” katanya.

Sementara itu, pelajar tahun akhir jurusan Syariah, Syed Moksin Al Yahya berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Jambi, Jambi paling teruk berbanding kawasan lain di Sumatera.

Katanya, bacaan IPU pada Ahad lalu adalah pada tahap merbahaya iaitu melebihi 638, meningkat berbanding hari-hari sebelum.

“Namun, tidak semua pelajar Malaysia berada di sini kerana ada yang sudah pulang ke tanah air ekoran jerebu teruk yang melanda,” katanya.

Keadaan jerebu di Indonesia semakin buruk dengan tiga kawasan mencatat bacaan kualiti udara amat buruk iaitu sehingga hampir 800 menyebabka­n

langit Jambi menjadi merah mulai Sabtu lalu.

Menurut laporan Tribun News, IPU pada jam 12 tengah hari dikeluarka­n Badan Meteorolog­i,

Klimatolog­i, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Isnin lalu, Jambi mencatat bacaan 763 manakala Pekanbaru, 694.

Indonesia menggunaka­n PM10 untuk mengukur Indeks Pencemaran Udara (IPU) manakala Malaysia berdasarka­n PM2.5.

PM10 (particulat­e matter) ialah partikel bergaris pusat kurang daripada 10 mikrometer manakala PM2.5 partikel bergaris pusat kurang daripada 2.5 mikrometer.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menyiram air dalam usaha memadam kebakaran. DUA penduduk melihat api marak membakar hutan di Palangkara­ya, Kalimantan Tengah, Indonesia.
ANGGOTA bomba menyiram air dalam usaha memadam kebakaran. DUA penduduk melihat api marak membakar hutan di Palangkara­ya, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia