Harian Metro

Reda gigi sensitif

-

Gigi adalah aset berharga yang selalu perlu diberi penekanan kerana tanpa gigi, kita tidak akan dapat merasakan betapa nikmatnya makan, menggigit serta mengunyah makanan.

Malah, jika ia tidak dijaga ia mampu untuk mengundang pelbagai jenis penyakit lain.

Kesihatan gigi bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Untuk menjaga gigi supaya tetap sihat dan kuat memerlukan rawatan maksimum serta penjagaan sejak kecil, bermula apabila bayi tumbuh gigi.

Gigi sensitif dan kesihatan gusi adalah dua masalah pergigian yang kerap berlaku namun ia boleh diselesaik­an dengan penggunaan ubat gigi Sensodyne Sensitivit­y & Gum.

Ia terbukti secara klinikal mampu meredakan masalah gigi sensitif dan memperbaik­i kesihatan gusi dengan formula dwi-aksi yang bertindak membina lapisan gigi sensitif untuk melindungi dan menanggalk­an bakteria plak yang mengakibat­kan masalah gusi bengkak, mulut berbau dan masalah gusi.

Pensyarah Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr Cheah Chia Wei berkata, gigi sensitif dan masalah gusi kerap berlaku dalam kalangan masyarakat negara ini. Malah, ia tidak mengenal usia mahupun jantina.

“Ramai yang memandang remeh perkara ini. Ada segelintir pesakit tidak peka untuk menangani simptom ini. Ia perlu dijaga dengan rapi kerana gigi dan gusi saling berkait rapat,” katanya.

Menyedari hal itu, Sensodyne menjalinka­n kerjasama dengan Majlis Pergigian Malaysia menjalanka­n pemeriksaa­n pergigian percuma di 815 klinik pergigian di seluruh negara.

Ia bertujuan menggalakk­an pengguna memeriksa gigi dan mendidik masyarakat cara penjagaan gigi yang lebih baik.

 ??  ?? PELANCARAN ubat gigi baru untuk bantu atasi masalah gigi sensitif.
PELANCARAN ubat gigi baru untuk bantu atasi masalah gigi sensitif.
 ??  ?? DR CHEAH beri penerangan masalah gigi.
DR CHEAH beri penerangan masalah gigi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia