Harian Metro

EKSTRAK BUAH DELIMA

-

Kulit kering, kasar, gatal, berminyak atau berkedut biasanya dikaitkan sebagai tanda kulit kekurangan air.

Kulit mengandung­i 64 peratus air dan penggunaan pelembap sebagai rutin penjagaan kulit adalah untuk menghalang kehilangan air daripada permukaan kulit.

Justeru, bagi yang inginkan kulit berseri, mulus dan anjal, Total Image Hydra Glow dengan ekstrak buah delima ViquaAE yang dipatenkan terbukti secara klinikal meningkatk­an kelembapan dan kehalusan kulit dalam masa 28 hari.

Jus delima dikenali sebagai ‘buah super’ kerana mengandung­i lebih banyak antioksida­n berbanding jus lain.

Oleh itu, ekstrak delima ViquaAE yang disaluti kapsul nanoteknol­ogi berpaten ADSAE menghasilk­an jumlah antioksida­n yang lebih tinggi, 30 hingga 40 peratus polifenol dan enam hingga 10 peratus Punicalagi.

Hydra Glow juga ditambah tripeptida kolagen yang terbentuk daripada tiga asid amino iaitu glisin, prolin dan hidroksipr­olin yang mudah diserap dan disimpan dalam kulit sekali gus menjadikan kulit lebih anjal dan lembut.

Total Image Hydra

Glow sesuai buat lelaki dan perempuan dan dijual di semua farmasi utama seluruh negara pada harga RM108 untuk 30 paket kecil.

 ??  ?? TOTAL Image Hydra Glow tingkatkan kelembapan kulit.
TOTAL Image Hydra Glow tingkatkan kelembapan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia