Harian Metro

Elak episod Felda Sendayan berulang

- ASWADI ALIAS

FOTO: Kuala Lumpur: Bukan isu tawaran harga setiap kaki persegi yang dipertikai­kan sebaliknya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mempersoal­kan mengapa tanah Rizab Melayu di Kampung Baru perlu dijual.

Setiausaha Agungnya, Amirhamzah Karim berkata, ramai yang salah faham mengenai kenyataann­ya sebelum ini dan harga setiap kaki persegi tanah di Kampung Baru sepatutnya tidak perlu menjadi isu kerana apa yang lebih utama adalah soal pewarisan.

Kata Amirhamzah, Kampung Baru adalah tanah Rizab Melayu yang dikurniaka­n oleh Sultan dan ia sepatutnya perlu dikekalkan bukannya dijual.

“Jika mahu dibangunka­n sekalipun, kaedah sesuai untuk digunakan adalah menerusi sistem pajakan kerana status pewarisan tidak akan berubah.

“Dalam hal ini, kita boleh mengambil contoh negara jiran, Singapura yang memajukan tanah milik Orang Melayu secara pajakan, tetapi pewarisan tanah masih kekal.

“Kita tidak mahu menang sorak, kampung tergadai, ambil iktibar dengan apa yang berlaku di kawasan tanah Melayu sebelum ini seperti di Felda Sendayan contohnya, penduduk menjadi jutawan sekelip mata tetapi kekayaan segera itu tidak kekal lama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Amirhamzah, jika perlu dijual sekalipun, tanah di Kampung Baru mestilah dinilai setara dengan apa yang ia miliki bagi memastikan tiada perbezaan ketara dengan nilai semasa pasaran.

Katanya, apa yang menjadi persoalan DPMM selama ini adalah mengapa kebanyakan tanah Rizab Melayu di negara ini dinilai rendah dan perlu dijual, bukan dikekalkan.

“Ia seolah-olah sudah tiada cara lain untuk digunakan sedangkan kita boleh menggunaka­n kaedah pajakan kerana kaedah itu boleh membantu mengekalka­n tanah berkenaan kepada keturunan pewaris tanah untuk masa adakan datang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia