Harian Metro

KARMA BULI RM616,634

Mahkamah perintah 9 bayar RM616,634.20 kepada mangsa

- Hanneeyzah Bariah Baharin.

"Apa yang kami lakukan ini (tuntutan) bukan untuk wang, tetapi demi pembelaan anak kami yang hilang pendengara­n akibat dibuli,” kata Rusaila Abdullah, 43, (baju biru) selepas mahkamah mengarahka­n sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) Kuala Terengganu membayar ganti rugi RM616,634.20 kepada anaknya, lapor

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memerintah­kan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarka­n tuntutan difailkan plaintif yang ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017.

Zainal Azman memerintah­kan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam), bekas pengetua SESMA dan Meriam Jusoh (defendan ketujuh) membayar tuntutan.

Beliau turut memerintah­kan Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan sama.

Dalam penghakima­nnya Zainal Azman berkata, kejadian buli pada 26 April 2015 menampakka­n kecuaian pihak sekolah dan seperti dirancang kerana ia berlaku di bilik asrama ketua pengawas.

“Pihak sekolah dilihat begitu cuai kerana tidak membuat kawalan sedangkan kejadian berlaku di dalam bilik asrama ketua pengawas, bukan di tepi longkang atau di kaki lima.

“Jadual warden bertugas juga sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalanka­n tugas diamanahka­n. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja.

“Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalanka­n tanggungja­wab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamata­n pelajar,” katanya.

Plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof.

Akibat dipukul, ditendang dan ditampar pelajar tingkatan lima dalam kejadian buli itu, mangsa yang ketika itu pelajar tingkatan dua kehilangan pendengara­n sebelah kanan.

Ia berikutan gegendang telinga pecah menyebabka­nnya tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup selain mengalami beberapa kecederaan lain.

Malah, plaintif yang juga pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma hingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015.

Sementara itu, ibu plaintif, Rusaila Abdullah, 43, yang hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan bersyukur kerana keputusan memihak kepada anak lelakinya.

“Alhamdulil­lah syukur semua sudah selesai. Apa yang kami lakukan ini (tuntutan) bukan untuk wang, tetapi demi pembelaan anak kami yang trauma hingga ke hari ini dan hilang pendengara­n akibat dibuli,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Azliana (kiri) dan Rusaila di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
WAN Azliana (kiri) dan Rusaila di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia