Harian Metro

KAHWIN DUA ISTERI SERENTAK

Lelaki kahwin dua gadis serentak dalam satu majlis tarik perhatian ramai

- Oleh Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my

Semporna

Kisah lelaki berkahwin lagi untuk menambah isteri sudah biasa didengar, tetapi lain ceritanya di daerah ini apabila seorang lelaki mengahwini dua gadis serentak untuk hidup berpoligam­i.

Kisah lelaki itu tersebar apabila gambarnya bersanding bersama dua isteri dimuat naik dalam laman sosial Facebook sehingga mendapat perhatian ribuan netizen.

Gambar itu bersama kenyataan ringkas dimuat naik seorang lelaki yang menggunaka­n nama Jimmy Jim, dipercayai sepupu kepada pengantin lelaki berkenaan.

Menerusi hantaran terbabit, dia memuat naik ucapan ‘Selamat pangantin baru..pecah rekod kluarga.. skali kawin trus 2 bini..tahniah sepupuku..apa bilang P Ramlee, JARANG JARANG.’

Majlis perkahwina­n itu berlangsun­g pada Jumaat 27 September lalu di Kampung Pukas, Semporna.

Difahamkan, pengantin lelaki berkenaan sudah bertunang dengan seorang daripada gadis terbabit di Kota Kinabalu sebelum mengenali dan bercinta dengan seorang lagi gadis ketika berpindah kerja di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, di sini.

Gadis berkenaan kemudian mengajak lelaki berkenaan untuk berkahwin dan pada masa sama tunangnya di Kota Kinabalu turut menggesany­a berbuat perkara sama, sebelum akhirnya kedua-dua gadis itu berkahwin serentak.

Setakat ini, hantaran mengenai perkahwina­n mereka dikongsi hampir 5,000 orang dengan lebih 2,000 komen.

Netizen, Rabiatul Aliah sempat memberi respon mengagumi kehebatan lelaki terbabit.

“Hebatlah kalau mampu tanggung nafkah serentak.. Didikan agama sama rata.. Adil... Jarang orang kahwin macam ni sebab tahu kemampuan diri,” katanya.

Seorang lagi netizen, Farehah Roos pula menyifatka­n ia adalah rezeki dan jodoh lelaki bersama dua gadis yang menjadi pasangan hidupnya.

“Rezeki dia, jodohkan rahsia Allah...Semoga bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.

Tidak kurang juga yang memberi respon mencuit hati seperti komen seorang netizen yang menggunaka­n nama Rohayu

Rami.

“Amboiiiii untunglah kau bang .... 2 sekali kau dapat .... selepas selesai majlis jangan lupa sujud syukur,” katanya.

Ia dpercayai perkahwina­n poligami pertama membabitka­n seorang lelaki berkahwin serentak dengan dua gadis berlaku di daerah ini.

Usaha mendapatka­n maklumat lanjut mengenai perkahwina­n itu bagaimanap­un tidak berjaya selepas keluarga pasangan terbabit tidak mahu cerita berkenaan diperbesar­kan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KISAH lelaki mengahwini dua gadis serentak yang tersebar di laman sosial Facebook.
KISAH lelaki mengahwini dua gadis serentak yang tersebar di laman sosial Facebook.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia