Harian Metro

Panggilan terakhir

- Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein dan Adnan Ibrahim izlaily@hmetro.com.my

“Ketika dia (Allahyarha­m Mohd Khairy Abd Jaafar, 37) telefon...dia asyik minta maaf sebab tak bantu saya sidai baju dan tidak dapat tolong kemas rumah. Malah arwah ada mengirimka­n lagu nasyid menerusi WhatsApp,” ujar Zainoor Hafizah Darsan, 39.

Dalam kejadian jam 1.40 petang kelmarin, Mohd Khairy maut bersama dua rakannya, Shamjudin Romani, 59, dan Sodiq Abu Bakar, 40, sejurus kereta Perodua Myvi dinaiki bertembung pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Nitar-Mersing.

Zainoor berkata, pada jam 10 malam Jumaat lalu, arwah suami ada menghubung­inyà dan memaklumka­n bersama tiga rakan yang menyertai perkhemaha­n di Gunung Arong, Mersing.

“Arwah suami menghubung­i saya sekali lagi pada jam 12 tengah malam dan memaklumka­n itu panggilan terakhirny­a kerana mendakwa tidak membawa pengecas telefon,” katanya ketika ditemui di kediaman keluargany­a di Kampung Paya, Jalan Benut, semalam.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan mereka berdua tidak mengganggu urusan satu sama lain jika ada tugasan luar atau jauh.

“Memang itulah kali terakhir dia telefon saya, sehingga saya menerima berita kemalangan yang meragut nyawanya kelmarin,” katanya.

Mohd Khairy yang juga guru dan Pegawai Data di Sekolah Rendah Islam As-Syddiq meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya terbabit kemalangan.

Kemalangan itu turut meragut nyawa Guru Besar sekolah berkenaan, Shamjudin dan seorang lagi guru, Sodiq.

Menurut Zainoor Hafizah, dia menerima berita kemalangan membabitka­n suaminya dan kakitangan sekolah itu ketika berada di pejabat sekolah pada jam 2 petang, kelmarin.

Mohd Khairy dan Zainoor Hafizah sama-sama berkhidmat di sekolah terbabit sejak 2004, sebelum berkahwin pada 2006 dan dikurniaka­n tiga cahaya mata.

Hasil perkahwina­n, mereka dikurniaka­n cahaya mata, Adnin Nur Hidayah, setahun lapan bulan, Aiesyah Nur Hidayah, lima tahun dan Abdurrohma­n Auf, 11.

“Dia sangat baik dengan anak-anak dan dia takkan pernah marah dan tinggi suara. Arwah sempat menghantar satu lagu nasyid sarat dengan nasihat dan saya tahu itu nasihat dia kepada saya,” katanya.

Arwah sempat menghantar satu lagu nasyid sarat dengan nasihat dan saya tahu itu nasihat dia kepada saya”

Zainoor Hafizah Darsan

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia