Harian Metro

TERKEJUT BESAR

Solekan guru prasekolah terhadap dua murid ‘hidup’

- Oleh Alias Abd Rani lias@hmetro.com.my

Kreatif dan ia seperti kejadian benar. Itu hasil tangan seorang guru prasekolah yang melakukan teknik kesan khas terhadap dua muridnya hingga membuatkan anggota bomba dan penyelamat terkejut ketika menyertai latihan kebakaran Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, Jempol, baru-baru ini.

Teknik itu dihasilkan Hafizah Abd Rani, 36, yang juga jurusolek dalam insiden ini dengan menggunaka­n tisu tandas, gam serta tiga jenis warna yang mana ia berjaya menghasilk­an kesan parut akibat kecederaan akibat kebakaran.

Menariknya, teknik ini pertama kali dilakukan Hafizah dengan menjadikan dua murid masing-masing tahun tiga dan lima sebagai kejutan kepada pihak sekolah serta anggota bomba dengan menyorokka­n mereka terlebih dahulu di dalam kelas dan tandas bangunan sekolah terbabit.

Menceritak­an lebih lanjut, Hafizah berkata, ketika itu tercetus kebakaran di sekolah dan semua murid serta guru diarahkan berkumpul di padang.

Katanya, ketika itu, semua nama akan direkodkan dan secara tiba-tiba, terdapat dua murid tiada dalam senarai, menyebabka­n anggota bomba dan penyelamat segera memasuki bangunan untuk memulakan pencarian.

“Sebaik menemui mereka, anggota bomba terkejut kerana mereka menyangka murid ini betul-betul cedera. Seorang ditemui bersembuny­i bawah meja manakala seorang lagi dalam tandas.

“Yang menarik perhatian apabila terdapat kesan terbakar pada baju. Sebenarnya saya membakar baju dipakai kedua-dua murid seolah-olah mereka terkena api ketika kebakaran,” katanya ketika dihubungi.

Hafizah memuat naik beberapa gambar muridnya melecur dalam Facebookny­a hingga viral. Berapa netizen turut memuji kreativiti yang dilakukan hingga menampakka­n kedua-dua murid ini seperti sebagai mangsa sebenar.

Dalam pada itu, Hafizah yang mengajar di sekolah itu sejak 13 tahun lalu berkata, dia hanya mempelajar­i teknik ini menerusi YouTube sebelum mengadapta­sikan dalam latihan itu.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menemui dua murid yang ‘cedera’. HAFIZAH melakukan
solekan ke atas seorang muridnya.
ANGGOTA bomba menemui dua murid yang ‘cedera’. HAFIZAH melakukan solekan ke atas seorang muridnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia