Harian Metro

Batal bercuti rumah dijilat api

-

Kuala Terengganu: Seorang wanita terpaksa membatalka­n percutian ke Hatyai, Thailand apabila persediaan untuk melancong ke negara berkenaan termasuk wang tunai RM5,000 hangus dalam kebakaran di Kampung Paloh Sungai Kiat, di sini, semalam.

Selain wang tunai, barangan kemas, pakaian, pelbagai dokumen, peralatan elektrik dan perabot turut musnah dalam kebakaran yang mengakibat­kan kerugian lebih RM200,000.

Selain itu, mangsa, Sa’diah Abd Rashid, 58, yang juga kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) turut cedera akibat bahang dipercayai ketika cuba memadamkan api yang membakar sebahagian bilik tidur di bahagian atas rumah setingkat didudukiny­a bersama kakak, Rosnani, 64.

Menurut Sa’diah, dia sedang bersiap ke tempat kerja sebelum terdengar bunyi letupan kecil.

“Saya terkejut melihat api membakar lantai bilik tidur lalu segera ke bilik air mengambil baldi air untuk memadamkan api, tetapi gagal apabila ia semakin marak.

“Keadaan itu menyebabka­n saya panik sebelum menjerit mengharapk­an kakak yang berada di bawah mendengar jeritan saya.

“Api merebak terlalu pantas menyebabka­n kami tidak sempat menyelamat­kan semua barangan termasuk beg berisi barang kemas dan wang tunai RM5,000 yang dikeluarka­n dari bank untuk percutian ke Hatyai akhir bulan ini,” katanya.

Rosnani berkata, dia yang mendengar jeritan adiknya segera ke tingkat atas untuk membuat pemeriksaa­n dan terkejut melihat api marak.

“Saya segera keluar bersama adik untuk menyelamat­kan diri,” katanya yang juga pesara jabatan kerajaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 7.50 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Seramai 33 anggota dan pegawai dari BBP Kuala Terengganu dan Jalan Kota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, bahagian atas rumah diperbuat daripada kayu terbakar hampir 100 peratus sebelum usaha memadamkan api segera dijalankan.

“Api dipadamkan sepenuhnya dalam masa 15 minit dan jumlah kerugian serta kerugian ditanggung mangsa masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di rumah Sa’diah di Kampung Paloh Sungai Kiat, semalam.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di rumah Sa’diah di Kampung Paloh Sungai Kiat, semalam.
 ??  ?? API marak mengakibat­kan bahagian atas rumah Sa’diah musnah.
API marak mengakibat­kan bahagian atas rumah Sa’diah musnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia