Harian Metro

Tiada bukti komplot

Wanita dibebas daripada hukuman mati kerana bunuh suami

- Oleh Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Tiada bukti kukuh menunjukka­n tertuduh merancang pembunuhan ini bersama teman lelaki”

Seorang wanita terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan di sini, membebaska­nnya daripada tuduhan membunuh suaminya, seorang pengurus bank di Sibu, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Suraya Othman dan Datuk Wira Kamaludin Md Said secara sebulat suara mengenepik­an keputusan mahkamah terdahulu dan menerima rayuan wanita berusia 38 tahun itu.

Zabariah yang mengetuai panel hakim berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukak­an bukti langsung yang mengaitkan tertuduh mempunyai niat dan bersekongk­ol dengan teman lelakinya untuk membunuh suami.

“Semua bukti hanya dikemukaka­n berdasarka­n keterangan keadaan dan tiada bukti kukuh menunjukka­n tertuduh merancang pembunuhan ini bersama teman lelaki.

“Keterangan saksi juga tidak menampilka­n fakta yang relevan untuk mengaitkan tertuduh dengan dengan pembunuhan terbabit.

“Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh tidak wajar dikemukaka­n terhadap tertuduh,” katanya.

Terdahulu, Ling Hang Tsyr merayu keputusan Mahkamah Tinggi Sibu pada 27 Oktober 2017 yang menjatuhka­n hukuman mati terhadapny­a selepas didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat membunuh suaminya, Wong Jing Kui, 31, di rumah mereka di Jalan Ulu Sungai Merah, Sibu, jam 1.30 pagi, 14 Jun 2012.

Kerani bank bahagian pemulihan kredit itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan bersama teman lelakinya, Andrew Tiong King Guan, 31, yang belum didakwa kerana menghilang­kan diri sejak 10 Februari 2015.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersubahat dengan seorang pembunuh upahan, juga pesalah utama, Ling Hoe Ing, 30.

Hoe Ing bagaimanap­un didakwa mengikut tuduhan alternatif iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan menyebabka­n kematian tanpa niat untuk membunuh.

Dia kemudian menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku bersalah pada 1 Oktober 2013.

Hang Tsyr diwakili peguam Roger Chin dan Lim Heng Choo serta prosiding pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Zabariah

 ??  ?? MAHKAMAH Rayuan membebaska­n Hang Tsyr daripada pertuduhan bersubahat membunuh suaminya.
MAHKAMAH Rayuan membebaska­n Hang Tsyr daripada pertuduhan bersubahat membunuh suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia