Harian Metro

‘Saya tak guna satu sen pun dana itu’

-

Kuala Lumpur: “Tidak ada satu sen pun daripada dana itu disalurkan atau digunakan oleh saya. Ketika itu, saya menaruh kepercayaa­n kepada permintaan abang (Datuk Seri Najib Razak) bagi membantuny­a dalam proses kempen pilihan raya,” kata bekas Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak.

Nazir dalam kenyataan semalam berkata, penyaluran ‘dana misteri’ ke akaun peribadiny­a pada 2013 itu pada mulanya dikatakan diperoleh daripada sumbangan politik yang sahih dan bertujuan bagi menampung perbelanja­an kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Beliau (Najib) memindahka­n dana bernilai RM25.7 juta ke akaun saya pada 2013 sebelum ia diagihkan sepenuhnya kepada wakil Najib dan saya difahamkan peruntukan berkenaan untuk kempen pilihan raya.

“Saya dimaklumka­n ketika itu peruntukan terbabit daripada sumber dana politik yang sahih. Justeru saya tidak mempunyai sebab untuk rasa curiga dengan memikirkan perkara sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, beliau bersedia menyalurka­n kerjasama berhubung notis kompaun Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan isu penyalahgu­naan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) bernilai RM25.7 juta itu.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya mendedahka­n Nazir antara 80 individu dan entiti yang akan menerima notis kompaun kerana dipercayai

Beliau (Najib) memindahka­n dana bernilai RM25.7 juta ke akaun saya pada 2013 sebelum ia diagihkan sepenuhnya kepada wakil Najib”

menerima dana daripada 1MDB.

Notis kompaun terhadap semua pihak itu dikeluarka­n mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Berhubung kaitan langsung antara dana 1MDB dan Najib dilaporkan media pada April 2016, Nazir berkata, beliau nekad bercuti dan berundur daripada jawatan di CIMB bagi memberi laluan kepada bank mengendali­kan proses penelitian semula kes berkenaan.

“Saya menghormat­i sepenuhnya usaha SPRM untuk mendapatka­n semula dana 1MDB, justeru saya beri kerjasama sebaik mungkin,” katanya.

Mohamed Nazir Razak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia