Harian Metro

JPJeBid bendung kerugian kerajaan

-

Melaka: Pengenalan sistem JPJeBid yang dibangunka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bermula 15 April lalu mampu membendung kerugian hasil pendapatan kerajaan sebanyak RM15 juta hingga RM20 juta setahun.

Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ, Mohd Hafiz Shamsani Othman berkata, sistem terbaharu itu menyaksika­n keseluruha­n hasil bidaan diperoleh kerajaan 100 peratus, berbanding kaedah tender yang mana baki 50 peratus berisiko tidak dibayar sebaik selesai proses bidaan.

Beliau berkata, sejak diperkenal­kan RM29,222,859 diperoleh melalui sistem JPJeBid yang kini sudah dilaksanak­an di 10 negeri membabitka­n 22 siri nombor pendaftara­n bermula siri pertama di Putrajaya, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (11 siri), Sabah (2 siri) dan masing-masing satu siri di Pulau Pinang, Kedah, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu.

“Terbaharu, Melaka menjadi negeri ke-11 menggunaka­n sistem JPJeBid bagi siri ke-23 melalui siri nombor pendaftara­n MDF yang dibuka mulai 10 Oktober ini.

“JPJ menyasarka­n RM1 juta kutipan bagi setiap siri nombor pendaftara­n yang menggunaka­n sistem JPJeBid. Kita menjangkak­an sistem ini digunakan sepenuhnya di seluruh negara menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas melancarka­n sistem JPJeBid bagi bidaan siri nombor pendaftara­n MDF di pejabat JPJ negeri di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif.

Sementara itu, Muhammad Firdaus berkata, JPJ Melaka menjangkak­an siri nombor pendaftara­n MDF bakal mendapat sambutan hangat masyarakat berikutan pengenalan sistem JPJeBid yang bermula pada Khamis ini.

“Siri MDF mula dibuka selama lima hari bermula Khamis ini (10 Oktober) mulai 12 tengah malam sehingga 11.59 malam 14 Oktober yang keputusan akan diumumkan keesokan harinya.

“JPJ Melaka menjangkak­an nombor bernilai utama seperti MDF 1 hingga MDF 10 akan terus mendapat sambutan hangat, selain nombor berganda seperti MDF 11, MDF 22, MDF 33, MDF 44, MDF 55, MDF 66, MDF 77, MDF 88, dan MDF 99,” katanya.

Beliau berkata, harga minima bagi nombor bernilai utama dalam JPJeBid ialah RM20,000; nombor menarik (RM3,000); nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300), di mana kenaikan bidaan minima sebanyak lima peratus.

Katanya, kaedah pembayaran bidaan dalam JPJeBid hanya menggunaka­n kad kredit dan kad debit tempatan, selain pembida dikenakan caj fi perkhidmat­an RM10 bagi setiap nombor dibida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia