Harian Metro

16 tahun jaga 6 beradik

Remaja jadi ketua keluarga selepas ibu meninggal dunia sakit buah pinggang

- Oleh Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Tujuh beradik hilang tempat bergantung apabila ibu yang selama ini menjadi ketua keluarga dijemput Ilahi, pagi Ahad lalu.

Kini tanggungja­wab menjaga keluarga besar itu digalas anak sulung, Roselina Abdullah, 16, yang menguruska­n enam adiknya berusia empat hingga 13 tahun.

Lebih menyedihka­n, Roselina juga terpaksa berhenti sekolah awal tahun ini disebabkan kekangan kewangan dan menjaga arwah ibunya yang juga ibu tunggal menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga.

Roselina berkata, ibunya kerap dimasukkan ke wad berikutan kondisi kesihatann­ya yang semakin kronik menyebabka­n semangatny­a untuk meneruskan persekolah­an semakin pudar mengenangk­an dia anak sulung.

“Selepas ibu meninggal dunia Ahad lalu, saya bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap enam adik.

“Jika dahulu saya bergilir dengan emak menghantar dan menjemput lima adik yang bersekolah namun kini semuanya terletak di bahu saya termasuk menguruska­n kerja rumah lain,” katanya di rumahnya di Kampung Manal 3 di sini, semalam.

Roselina yang juga mengalami masalah jantung sejak lahir berkata, bapanya juga sudah meninggal dunia sejak dia berusia tiga tahun manakala bapa kepada enam adiknya masih ada, namun jarang mengambil tahu kerana sudah bercerai dengan arwah ibu mereka.

Katanya, sebelum ini dia bekerja di sebuah kedai makan bersama ibunya, tetapi terpaksa berhenti disebabkan premis itu hanya menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan dan tidak mampu menggaji pekerja ramai.

“Sebelum ini, kami juga bergantung kepada elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 dan saya menerima RM150 sebulan manakala dua adik yang mengalami masalah pembelajar­an pula menerima RM1,800 setiap seorang untuk setahun.

“Saya perlu mencari kerja dalam masa terdekat demi kelangsung­an hidup kami tujuh beradik termasuk perbelanja­an sekolah lima adik,” katanya sambil memberitah­u mereka kini ditemani neneknya, Noraida Deraman, 62, yang tinggal bersama sebaik ibu mereka meninggal dunia.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan kepada mereka boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Roselina iaitu 2-00-6671-00028895-7.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang diketuai Presidenny­a, Pui Tiong Lam menyampaik­an bantuan keperluan harian.

Pui berkata, pihaknya mengusahak­an beberapa bantuan kewangan lain untuk tujuh beradik itu bagi kelangsung­an mereka meneruskan hidup.

“Buat masa ini kami membantu mereka membelikan peralatan sekolah dan pada masa akan datang kami memantau perkembang­an mereka dari masa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? TUJUH beradik tinggal bersama nenek selepas kematian ibu mereka.
TUJUH beradik tinggal bersama nenek selepas kematian ibu mereka.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia