Harian Metro

Tubuh pasukan khas

Semak semula peruntukan penjagaan kesihatan ikut keperluan semasa

- Oleh Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kerajaan perlu menubuhkan satu pasukan khas untuk menyemak semula peruntukan penjagaan kesihatan mengikut keperluan semasa.

Pakar Perunding Kanan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy berkata, keutamaan penjagaan kesihatan perlu dilihat semula berikutan banyak perkembang­an dan keperluan baharu.

“Memandangk­an kemunculan bidang atau isu baharu seperti perubatan geriatrik, remaja selain bertambahn­ya masalah perkembang­an mental seperti autisme, keresahan, kemurungan serta profil penyakit berlainan daripada dulu yang perlu dititik beratkan.

“Dari segi perjawatan, tidak wajar jawatan bidang perubatan dianggap sama seperti pentadbira­n atau berlaku pengecutan bilangan jawatan. Nisbah doktor kepada populasi masih jauh dari optimum.

“Masih perlu banyak hospital baharu dengan lebih banyak jawatan doktor, jururawat dan sebagainya,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan perlu memperkasa­kan Hospital Pengajar Universiti Awam (HPUA) terutama dari segi kekurangan perjawatan.

“HPUA ketika ini tidak mendapat jawatan pegawai atau pakar perubatan mencukupi seperti mana hospital di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Namun HPUA ini masih memberi khidmat kepada rakyat. Bilangan jawatan daripada peringkat houseman sehingga pakar jauh lebih kurang berbanding hospital KKM,” katanya.

Dari segi latihan kepakaran, beliau yang juga mantan Dekan Fakulti Perubatan UKM berpandang­an, keutamaan harus diberikan kepada latihan melalui program sarjana di universiti awam.

“Berilah keutamaan kepada latihan kepakaran melalui program sarjana yang memang ada di universiti awam kita kerana cara ini lebih menjimatka­n kos.

“Selain itu, untuk lebih produktif tambahkan bilangan biaya Hadiah Latihan Persekutua­n (HLP) untuk program kepakaran tempatan serta Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti program kepakaran tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia