Harian Metro

Tak perlu kembalikan GST

-

Kuala Lumpur: “Tidak ada sebabnya kita kembali cukai yang ditolak oleh rakyat dahulu,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dilaksanak­an kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini sedang menjalanka­n proses penambahba­ikan bagi memantapka­n lagi pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Sebuah kerajaan perlu mengenakan cukai untuk mengumpul dana yang diperlukan untuk pentadbira­n negara. Banyak jenis cukai yang diperkenal­kan.

“Cukai GST ini diperkenal­kan dahulu dan kita dengar banyak rintihan daripada rakyat kerana kerap kali mereka membayar cukai dua kali dan kadang-kadang menunggu pembayaran balik tak sampai-sampai.

“Sebab itulah kita berpendapa­t kita perlu kembalikan balik SST dan ini sedang berjalan dengan baik. Dan kita perlu memperbaik­i lagi pelaksanaa­n cukai yang baharu ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (PH-Kalabakan) yang ingin tahu hala tuju kerajaan berikutan kenyataan baru-baru ini bahawa kerajaan bersedia melaksanak­an semula GST sekiranya ia dikehendak­i rakyat.

“Penelitian perlu dibuat terutama ke atas impak kesan kenaikan harga kepada pengguna, kadar inflasi dan pertambaha­n kos pematuhan kepada peniaga kerana terdapat keperluan untuk mengubah sistem perkompute­ran dan latihan semula kepada kakitangan di samping bayaran balik cukai,” katanya.

Mansuhkan bayaran kemasukan wad untuk pesakit warga emas yang tiada pencen terutama mereka yang tiada pekerjaan tetap seperti nelayan, petani dan sebagainya”

Siti Khadijah Hassan, 66

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia