Harian Metro

Pembuangan haram sisa kimia sama dengan pelaku jenayah

-

Kuala Lumpur: Kes pembuangan haram sisa kimia yang semakin berleluasa akhir-akhir ini bukan saja merugikan kerajaan, malah turut memberi kesan buruk kepada masyarakat dan alam sekitar.

Kes pembuangan haram sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor pada Mac lalu bukan saja menyebabka­n 6,000 mangsa dan 111 sekolah terpaksa ditutup sementara, kerajaan juga terpaksa membelanja­kan RM6.4 juta untuk kos pembersiha­n.

September lalu, hasil siasatan yang dilakukan di Sungai Semenyih, mengesan sejenis bau pelarut di dalam lubang pembetunga­n. Bahan terbabit mengalir masuk ke dalam loji rawatan kumbahan Bandar Mahkota selenggara­an Indah Water Konsortium (IWK).

Pada kes berasingan Julai lalu, lapisan tebal minyak memasuki loji IWK di Batang Kali dan dicuci dengan segera sebaik saja dikesan. Siasatan yang dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati minyak hitam dipercayai dibuang secara haram daripada kawasan industri berhampira­n loji IWK.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, selaku syarikat pembetunga­n nasional, pihaknya menjalanka­n operasi dan penyelengg­araan kepada hampir 7,000 loji rawatan air sisa kumbahan berserta lebih daripada 19,400 kilometer (km) panjang paip pembetunga­n.

Katanya, kini IWK menyediaka­n perkhidmat­an pembetunga­n kepada 26 juta penduduk setara dan loji itu juga direka bentuk untuk merawat hanya air sisa domestik.

“Cuba bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya bahan-bahan asing memasuki loji yang akhirnya merosakkan kitaran air semula jadi kita atau bahan asing itu memasuki sungai seterusnya akan mencemarka­n air.

“Kemudian air yang tercemar itu akan memasuki kolam takungan, disalirkan ke loji rawatan air untuk diagihkan kepada pengguna dan tanpa sedar, anda menggunaka­n air tercemar itu.

“Situasi sebegini sememangny­a tidak dapat diselamatk­an jika ia berlaku dan sebagai pengguna apa yang kita rasakan sekarang,” katanya.

Kata Narendran, secara amnya perbuatan pembuangan haram sama dengan perbuatan jenayah berat kerana ia membahayak­an kesihatan awam dan kelangsung­an hidup generasi akan datang.

“Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan berkata akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmat­an Air 20016 (Akta 655) yang mana pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

“Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) juga mengemukak­an cadangan mereka untuk Akta Kualiti Alam 1974 (EQA 1974), seperti di laman web kementeria­n pada Mei 2019.

“Bagi memperkasa­kan akta terbabit, IWK mencadangk­an memasukkan elemen seperti mewujudkan Majlis Perlindung­an Alam Sekitar mengandung­i wakil daripada pelbagai institusi untuk menasihati menteri cadangan akta, begitu juga bagi menteri mengemukak­an

cadangan kepada majlis.

“Pemberi maklumat juga akan diberikan ganjaran setimpal untuk maklumat dan bantuan mereka dalam mengesan jenayah yang berlaku serta sebagai saksi perbicaraa­n,” katanya.

Pada masa sama, kata Narendran, IWK turut menggesa agar kerajaan melaksanak­an langkah penguatkua­saan dan hukuman yang tegas agar alam sekitar kita terpelihar­a serta mampan untuk kehidupan semua rakyat Malaysia.

IWK juga menyeru orang ramai untuk turut bekerjasam­a melaporkan sebarang perlakuan atau insiden yang menimbulka­n syak dengan menghubung­i pihak berkuasa atau IWK seperti di dalam laman web, https:// www.iwk. com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia