Harian Metro

Di dunia dah kena

Tindakan seumpama itu menyebabka­n diri anak mendapat kesusahan pada hari akhirat kelak

-

Dalam al-Quran Allah SWT menyatakan sebagai anak, perkataan sekecil ‘uff’ atau ‘ah’ pun tidak boleh diucapkan terhadap ibu bapa, apatah lagi perkara yang lebih besar seperti menjerkah atau menengking mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahka­n, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan­mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uff’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Israa’, ayat 23)

Dalam ayat itu, perkataan uff seperti yang dinyatakan dalam tafsir adalah keluhan.

Contoh, ibu atau ayah menegur anaknya, lalu dibalas dengan dengusan atau seorang anak itu menunjukka­n muka tidak puas hati atau menghina mereka.

Tindakan seumpama itu termasuk dalam perkataan uff, malah semua perkara itu menyebabka­n diri anak mendapat kesusahan pada hari akhirat kelak.

Bahkan, menderhaka terhadap ibu bapa tidak perlu tunggu di akhirat, di dunia lagi akan ditunjukka­n balasannya.

Jangan sesekali merasa terbeban atau rugi melayani keperluan mereka.

Barangkali, ada anak terpaksa menjaga ibu atau ayah mereka yang uzur atau terlantar sakit.

Sudah pasti penjagaan mereka bertambah rumit kerana perlu memakai lampin pakai buang, makan perlu bersuap serta didukung atau dipangku untuk ke tandas dan sebagainya.

Benar, perkara itu sangat menguji kesabaran buat anak.

Namun, bersabar kerana ibu bapa adalah jalan buat seorang anak memasuki syurga Allah kelak.

Daripada Abu Darda’ RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ibu bapa (orang tua) adalah pintu tengah syurga, jika kamu mahu letakkanla­h pintu itu atau jagalah ia.” (Riwayat al-Tirmizi)

Seandainya keluar dengusan atau anak itu berat memikirkan wang mereka habis untuk membeli keperluan ibu bapa yang uzur itu, maka ingat perkara sama pasti akan menimpa diri apabila anak-anak kita nanti turut bertindak sedemikian.

Setiap anak perlu menghormat­i, memuliakan serta membesarka­n ibu bapa mereka. Apabila melihat wajah ibu bapa, pandang mereka dengan pandangan yang penuh takzim.

Dalam keadaan dunia serba mencabar dan ekonomi yang kian menyesakka­n ini, kita semua tahu begitu beratnya tanggungja­wab membesarka­n anak biarpun dalam keadaan suami isteri bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.

Kenangkan bagaimana kesukaran ibu bapa kita dahulu, ramai tidak berpeluang belajar tinggi dan mungkin hanya melakukan kerja kampung dengan menerima pendapatan kecil namun mereka tetap berusaha keras untuk menyara serta membesarka­n anak.

Sehubungan itu, setiap kali selepas solat, doakan semoga Allah mengurniak­an rahmat, keampunan serta kesihatan yang baik kepada mereka berdua.

Selain itu, doakan juga supaya diri kita menjadi anak soleh serta dikurniaka­n zuriat yang baik kerana jalan untuk mendapat anak yang soleh tidak boleh tidak, diri sendiri perlu menjadi soleh.

Antara doanya, “Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyati­na qurrata a’yun, waja’alna lil muttaqina imama” bermaksud: “Wahai Tuhan kami, anugerahka­nlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.”

Ibu bapa adalah jalan buat seorang anak memasuki

syurga Allah

>>Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia