Harian Metro

‘Jho Low bawa saya jumpa Sultan’

- Oleh Nasharuddi­n Muhammad dan Murni Wan Omar am@hmetro.com.my

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, bahawa beliau tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pengumpula­n dana, namun diberi tawaran kerja oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Beliau berkata demikian dalam perbicaraa­n hari ke-18 membabitka­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewen­gan dana berjumlah RM2.28 bilion.

Menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, Shahrol Azral berkata, beliau ada memaklumka­n perkara itu kepada Jho Low sebelum dilantik sebagai CEO di Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). SHAFEE: Kamu tidak terfikir itu adalah sebab kenapa Jho Low melantik kamu? Ia adalah kerana kamu tidak mempunyai pengalaman dalam bidang itu? SHAHROL: Ketika itu saya tidak terfikir.

SHAFEE: Sekarang? SHAHROL: Ada kemungkina­n.

SHAFEE: Kamu pernah terbabit dengan pengumpula­n dana sebelum ini? SHAHROL: Tidak pernah. SHAFEE: Kamu sedar bahawa situasi 1MDB ini kebanyakan­nya membabitka­n penjanaan dan pengumpula­n dana serta bagaimana dana digunakan. Bila kamu sedar bahawa TIA perlu berurusan dengan pengumpula­n dana ini?

SHAHROL: Ia selepas pelantikan saya. Ketika itu Jho Low dan Casey Tang (Pengarah Eksekutif 1MDB, Tang Keng Chee) ada berbincang dengan pegawai bank berhubung jaminan kerajaan untuk bon. SHAFEE: Kamu mesti tahu sebab kamu adalah CEO. Kamu mesti tahu apa mereka buat dan kamu perlu tahu mengenainy­a? Apabila menyebut dana berdaulat, kamu bukanlah naif sehingga beranggapa­n wang sudah ada di dalam dana ketika kamu masuk TIA? SHAHROL: Pelantikan saya ditentukan oleh mereka, pemegang saham dan Lembaga Pengarah. Saya bersedia dan akan buat yang terbaik. Saya ada beritahu mereka bahawa saya tidak mempunyai pengalaman dalam pengumpula­n dana, tetapi mereka tetap melantik saya. Jika saya tidak layak, mereka yang mengam bil saya bekerja patut tahu perkara itu. Saya beritahu Jho Low berhubung perkara ini. SHAFEE: Kamu beritahu Jho Low yang kamu tidak mempunyai pengalaman, bila dia berjumpa kamu dia seperti menemuduga kamu secara tidak rasmi. Ada kamu beritahu Sultan Mizan Zainal Abidin (ketika itu Yang di-Pertuan Agong) berhubung perkara itu? SHAHROL: Saya tiada peluang. SHAFEE: Tetapi kamu pergi ke istana berjumpa Sultan Mizan?

SHAHROL: Ya, ketika kejadian, baginda duduk di bilik mesyuaratn­ya di istana. Saya dibawa oleh Jho Low dan diperkenal­kan kepada baginda. Tan Sri Azlan Zainol (Lembaga Pengarah 1MDB) juga berada di situ dan beliau beritahu baginda yang kami sudah lama kenal dan saya seorang yang baik. Saya tidak diberi peluang menyuaraka­n isu

Shahrol Azral tidak

jelas bagaimana pengumpula­n dana

dibuat

“Pelantikan saya

ditentukan mereka, pemegang

saham dan Lembaga Pengarah Shahrol Azral Ibrahim Halmi

itu dan saya sendiri tidak bersedia. Itu adalah kali pertama saya berada di istana dan bertemu Yang di-Pertuan Agong. SHAFEE: Ada kamu maklumkan kepada Azlan? SHAHROL: Beliau tahu latar belakang saya. Saya tidak maklumkan kepada beliau. Beliau kenal saya lama dan tahu kekuatan saya.

Terdahulu, menjawab soalan Shafee, Shahrol memberitah­u mahkamah bahawa ketika peringkat awal penubuhan TIA, beliau bertanggun­gjawab untuk membentuk pasukan dan memastikan organisasi itu berkesan.

“Sebenarnya ketika itu saya tidak jelas berhubung bagaimana pengumpula­n dana dibuat. Apa saya ingat pada 21 Mac 2009, ketika konsultan memberikan taklimat, mereka memberi penekanan kepada aspek pembanguna­n.

“Ketika itu Terengganu adalah negeri kedua termiskin di Malaysia berdasarka­n per kapita. Penubuhan TIA ini adalah untuk mencari jalan bagaimana mahu meningkatk­an pembanguna­n ekonomi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Shafee
MUHAMMAD Shafee
 ??  ?? JHO Low
JHO Low

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia