Harian Metro

Wanita besi Kubang Kual

Hannah Sarah suka kerja lasak pilih kerjaya jurukimpal bantu suami tambah pendapatan

- Oleh Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Biarpun kerja sebagai jurukimpal tidak popular serta bergeluman­g dengan kotoran, ia tetap menjadi pilihan seorang wanita, malah mampu memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan.

Hannah Sarah Nordeen, 23, yang tinggal di Kampung Kubang Kual berkata, dia bergelar jurukimpal sejak enam tahun lalu kerana minat terhadap pekerjaan lasak.

Katanya, selepas berkahwin dengan Shafie Mamat, 35, dia terus mempelajar­i teknik mengimpal besi dengan niat mahu mencari rezeki.

“Pada awalnya kerja mengimpal besi sangat rumit kerana saya perlu potong besi mengikut bentuk dan ukuran dikehendak­i pelanggan.

“Alhamdulil­lah,

dalam masa tiga bulan saya boleh buat sendiri kerja mengimpal termasuk membuat pagar, tangga dan pintu jeriji besi.

“Tugas jurukimpal tiada masa tetap kerana ada ketika saya perlu bekerja lebih masa sehingga jam 10 malam untuk memotong besi atau memasang pintu jeriji yang ditempah,” katanya di Kampung Kubang Kual di sini, semalam.

Menurutnya, hasil kerja itu dia mampu membeli keperluan diri serta memberi wang bulanan RM250 kepada ibunya, Hanisah Abdul Hamid, 55.

“Orang anggap kerja ini kotor kerana bergeluman­g minyak hitam dan elektrik, namun ia menghasilk­an kepuasan serta pendapatan lumayan.

“Ada orang pelik lihat wanita mengimpal besi padahal bagi saya masing-masing ada kelebihan dan bakat tersendiri untuk menceburi kerjaya diminati.

“Kita perlu berusaha mencari wang demi kelangsung­an hidup. Pada masa ini, kita tidak boleh memilih pekerjaan dan lakukan apa sahaja asalkan ada pendapatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HANNAH Sarah mengimpal besi pagar di bengkelnya di Kampung Kubang Kual.
HANNAH Sarah mengimpal besi pagar di bengkelnya di Kampung Kubang Kual.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia