Harian Metro

Belajar sambil kerja cara terbaik timba pengalaman

-

Kuala Lumpur: Fenomena graduan bekerja di luar bidang pengajian mereka di universiti bukan perkara asing.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) VE Elanjelian berkata, ia bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga negara maju termasuk Amerika Syarikat.

“Remaja di negara kita selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) akan mula pemilihan cabang pekerjaan.

“Ini dilihat melalui pemilihan pengajian dipilih di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Namun tidak semestinya seseorang itu bekerja mengikut bidang pengajian kerana remaja sebaik memasuki universiti, waktu itu berlaku perkembang­an diri.

“Di universiti, kita hanya dipersiapk­an 70 hingga 80 peratus dan bakinya keinginan dan minat,” katanya di sini, baru-baru ini.

Begitupun, Elanjelian berkata, dia memahami kegetiran mendapatka­n pekerjaan ketika ini dan percaya penawaran kursus pengajian di IPT selaras keperluan industri pada waktu itu, namun dalam dunia sebenar, industri juga mengalami proses perkembang­an dan penguncupa­n.

Beliau memberi contoh bidang cari gali minyak dan gas yang suatu masa dahulu memerlukan tenaga kerja mahir, namun ketika ini bidang terbabit mengalami penguncupa­n.

“Bagaimanap­un, tidak mustahil tiga atau empat tahun akan datang, bidang terbabit kembali memerlukan tenaga kerja besar,” katanya.

Enggan menyalahka­n mana-mana pihak, Elanjelian menegaskan sebagai penuntut universiti, menjadi tanggungja­wab seseorang itu menamatkan pengajian dengan cemerlang dan dalam masa sama menggunaka­n tempoh latihan industri atau praktikal sebagai medan mempelajar­i selok belok industri.

Menurutnya, PSMB bagaimanap­un prihatin dengan isu itu dan menyedari kesukaran graduan mendapatka­n pekerjaan ketika ini.

Menurutnya, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) perlu responsif dengan keperluan ekonomi negara dan tidak boleh melihat secara holistik sahaja.

“Baru-baru ini, kami mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) di bawah KPM, sama-sama memikirkan bagaimana mengubahsu­ai lanskap pendidikan dan mereka minta kita bantu.

“Kami harap dalam setiap program pengajian di IPT, tempoh latihan industri atau praktikal dipanjangk­an bagi membolehka­n graduan lebih senang diterima ke industri.

“Tempoh latihan praktikal satu bulan hingga tiga bulan tidak relevan lagi, apa kebaikan kepada graduan ketika memohon pekerjaan terutama apabila industri mahukan pengalaman sekurang-kurangnya setahun,” katanya sambil menganggap tempoh praktikal sekurang-kurangnya enam bulan lebih sesuai dipraktikk­an

 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia