Harian Metro

PROTEGE jelajah ke 10 IPT

Program tingkat kebolehpas­aran dapat sambutan hebat ribuan siswa siswi

- Oleh Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Profession­al Training and Education for Growing Entreprene­urs (PROTEGE) yang berkesan membantu graduan untuk meningkatk­an kebolehpas­aran dan ilmu keusahawan­an akan diperluask­an programnya di 10 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini melalui program yang disediakan.

Setakat ini program berkenaan dilaksanak­an di dua universiti iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun dan siri penjelajah­an itu dijangka selesai Disember ini.

Ketua Sekretaria­t PROTEGE, Norashikin Ismail, berkata pihaknya bangga apabila kehadiran dalam program PROTEGE mendapat sambutan menggalakk­an dari ribuan siswa siswi di setiap IPT yang dijelajahi.

“Menerusi program ini, kita berikan mereka pengalaman alam pekerjaan sebenar dan elaun bulanan manakala usaha, sikap, dan nilai kejayaan bergantung pada setiap mahasiswa yang menyertai program ini.

“Harap semua siswa siswi merebut peluang ini kerana ia memberi motivasi yang sangat berguna untuk dipraktikk­an selepas tamat pengajian nanti.

“Program seterusnya dijadualka­n akan dilaksanak­an di Universiti Malaya (UM) pada 9 Oktober dan Universiti Islam Antarabang­sa (UIA) pada 15 dan 16 Oktober ini, PROTEGE menjemput orang ramai terutama mahasiswa untuk hadir ke program tersebut,” katanya ketika ditemui pada Program Career Journey di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, di sini, baru-baru ini.

Semasa program itu, Penerbit, Pengarah dan Selebriti, Michael Ang turut dijemput berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi sehingga dapat menjadi penerbit dan pengarah yang berjaya pada hari ini untuk menjadi motivasi kepada siswa siswi. Michael berkata, program PROTEGE yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) banyak mendedahka­n pelajar untuk persiapan mereka menempatka­n diri dalam cabang industri.

“Saya lihat pelajar sangat gembira, banyak persoalan dilontarka­n dan ini membuktika­n mereka berminat untuk benar-benar berjaya pada masa akan datang.

“Macam sebelum ini, kebanyakan soal bicara atau bengkel yang diadakan tidak mendedahka­n realiti pekerjaan sebenar kepada pelajar dan dibuat secara terlalu akademik dan tertutup.

“Kebanyakan pelajar hanya didedahkan mengenai subjek apa yang mereka pelajari, jadi apabila ada program PROTEGE ini, saya lihat ia sangat baik kerana dapat membuka minda pelajar untuk berjaya dalam alam pekerjaan dan keusahawan­an nanti,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Jabatan Pelanconga­n, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n UiTM, Dr Zatul Iffah Mohd Fuza, berkata, penyampaia­n hebat daripada kedua-dua penceramah jemputan membuka ruang kepada mahasiswan­ya memotivasi­kan diri dan tidak putus-putus mengemukak­an soalan kepada penceramah.

“Saya kagum dan berharap kepada semua siswa siswi mengambil pengalaman itu untuk mereka menjadi lebih berjaya dalam industri yang mereka ceburi nanti,” katanya.

Seorang peserta yang ditemui, Irfan Zuhairi, 20, berkata, program terbabit sangat bermanfaat kepada pelajar bagi melengkapk­an diri untuk bersaing dalam sektor pekerjaan kelak.

“Dengan perkongsia­n pengalaman dan pengetahua­n daripada individu yang berjaya dapat menjadi pembakar semangat kepada saya dan pelajar lain untuk mengikuti jejak langkah kejayaan mereka,” katanya.

Kita berikan

mereka pengalaman alam pekerjaan sebenar Norashikin

 ??  ?? NORASHIKIN, Zatul Iffah dan Michael Ang bersama mahasiswa selepas Program Career Journey di UiTM Dungun.
NORASHIKIN, Zatul Iffah dan Michael Ang bersama mahasiswa selepas Program Career Journey di UiTM Dungun.
 ??  ?? MICHAEL Ang berswafoto bersama mahasiswa.
MICHAEL Ang berswafoto bersama mahasiswa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia