Harian Metro

‘Saya bukan gelandanga­n cuma sakit’

-

Saya duduk di kawasan berdekatan memohon bantuan wang bagi membeli tiket bas buat kami sekeluarga yang berharga lebih RM100”

Mohd Faisol Ismail

Butterwort­h: “Saya bukan gelandanga­n dan merempat, cuma sakit,” demikian kata Mohd Faisol Ismail, 40, mengenai kisah dan gambar keluargany­a tular di media sosial mengenai dirinya yang juga orang kurang upaya (OKU) merempat di sekitar Butterwort­h bersama isteri dan empat anak kerana tiada tempat tinggal.

Mohd Faisol berkata, orang ramai mungkin salah faham dengan kisah yang ditularkan itu kerana dia mempunyai rumah dan bukan gelandanga­n.

Menceritak­an kembali bagaimana kisahnya ditularkan, Mohd Faisol berkata, jam 11 pagi kelmarin, dia bersama isteri dan empat anaknya berada di Penang Sentral untuk pulang ke kampung mentua di Beruas, Perak.

Ketika itu, dia masih kekurangan wang untuk membeli tiket bas.

“Saya duduk di kawasan berdekatan memohon bantuan wang bagi membeli tiket bas buat kami sekeluarga yang berharga lebih RM100.

“Tidak lama selepas itu saya ditegur seorang lelaki yang bertanyaka­n masalah dihadapi termasuk meminta dokumen peribadi untuk pengesahan,” katanya.

Menurutnya, selepas menjelaska­n masalah wang tiket yang tidak cukup, lelaki berkenaan kemudian memberi sedikit wang sebelum mengambil gambar dokumen dan kad pengesahan orang kurang upaya (OKU) miliknya.

“Tidak lama selepas itu, ada seorang lagi lelaki datang dan memberi wang kepada saya untuk membeli tiket bas tanpa mengetahui ada mesej tular mengatakan saya gelandanga­n tersebar sejak semalam (kelmarin).

“Namun ia bukan cerita sebenar kerana saya bukan gelandanga­n dan ketika itu hanya mahu pulang ke rumah mentua bagi mendapatka­n rawatan untuk penyakit saya,” katanya.

Mohd Faisol berkata, sejak beberapa bulan lalu, dia sudah tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan di pinggang selain tangan kanannya yang sukar digerakkan seperti memakai tangan palsu.

Katanya, dia cacat kerana terbabit kemalangan pada 2003 menyebabka­n tangan kanannya pendek akibat tulang yang rosak dan perlu dibuang serta tidak dapat digerakkan.

“Sejak itu saya susah bekerja selain terpaksa menahan sakit sehingga beberapa kali mengambil cuti sakit (MC) menyebabka­n saya dibuang kerja.

“Walaupun tidak dapat membuat kerja berat, saya tetap bekerja menyara kehidupan keluarga.

“Saya menjadi tukang cuci pinggan dengan pendapatan tidak seberapa,” katanya.

Menurutnya, sejak beberapa bulan lalu, pinggangny­a pula mengalami masalah kesan kemalangan pada 2003 itu.

“Saya mula rasa kesan kemalangan di pinggang menyebabka­n saya tidak dapat berdiri lama dan membuat kerja berat.

“Tapi saya bekerja dengan memandu van barang sebelum dinasihatk­an berehat kerana dilihat sudah tidak mampu bekerja,” katanya.

 ??  ?? MOHD Faisol bersama anaknya.
MOHD Faisol bersama anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia