Harian Metro

Bapa terkutuk dijel 40 tahun

Tertuduh berdepan tuduhan rogol, seks luar tabii dan hasilkan video pornografi turut disebat

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

“Perbuatan tertuduh keji dan terkutuk bukan saja dalam Islam, tetapi bangsa dan agama lain. Hukuman ini diharapkan bukan hanya memberi pengajaran kepada tertuduh, tetapi masyarakat,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Nooriah Osman terhadap lelaki berusia 41 tahun yang berdepan pertuduhan merogol, seks luar tabii dan menghasilk­an video pornografi anak kandungnya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajar­an.

Nooriah menjatuhka­n hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan selepas tertuduh yang juga pemandu lori mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK) kerana sumbang mahram, Seksyen 377B KK kerana melakukan persetubuh­an bertentang­an dengan aturan tabii dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilk­an video pornografi.

Terdahulu, Nooriah dalam penghakima­nnya berkata, tertuduh sepatutnya memberi contoh dan mendidik anaknya memandangk­an mangsa adalah OKU, tetapi bertindak sebaliknya apabila mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Perbuatan tertuduh meninggalk­an trauma kepada mangsa dan hukuman yang diperuntuk­kan bagi kesalahan ini menggambar­kan niat Parlimen melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual,” katanya.

Tertuduh berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B KK apabila didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun di sebuah rumah dan beranda rumah di Marang.

Bapa kepada dua anak itu mengaku salah melakukan kesalahan itu masing-masing pada jam 11 pagi dan jam 5 pagi pada 20 dan 21 September lalu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mahkamah masing-masing menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan persetubuh­an bertentang­an aturan tabii terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang, jam 11 pagi pada 20 September lalu. Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan.

Tertuduh yang mengaku salah menghasilk­an video pornografi menggunaka­n telefon bimbit milik mangsa di sebuah rumah di Marang, jam 11 pagi pada 20 September lalu turut dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan.

Mahkamah mengarahka­n hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 22 September lalu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, mahkamah mengarahka­n hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap.

Selain itu, mahkamah turut mengarahka­n tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama setahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? LELAKI dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan di Mahkamah Sesyen kerana merogol, seks luar tabii dan menghasilk­an video pornografi anak kandung.
LELAKI dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan di Mahkamah Sesyen kerana merogol, seks luar tabii dan menghasilk­an video pornografi anak kandung.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia