Harian Metro

Ganjaran buat pemandu berhemah

Bakal menikmati diskaun tanpa tuntutan insurans tahun depan

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Bermula awal tahun depan, kerajaan bakal memperkena­lkan ganjaran diskaun tanpa tuntutan (NCD) insurans kenderaan kepada pengguna jalan raya yang berhemah dan mempunyai rekod bersih daripada sebarang kesalahan trafik.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, perbincang­an mengenai perkara itu sudah dibuat bersama pihak industri insurans malah mekanisme mengenainy­a hampir siap.

“Memang sudah dibincangk­an di Kementeria­n Pengangkut­an bersama pihak industri insurans. Harapan saya supaya dapat dilaksanak­an mulai awal tahun depan, jadi saya akan umum hujung tahun ini.

“Kita memerlukan data Mysikap dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan pengguna tidak ada saman dalam tempoh setahun bagi mendapatka­n diskaun tambahan ini,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) di sini, semalam.

Mei lalu, Loke dilaporkan berkata, perbincang­an antara

Harapan saya supaya dapat dilaksanak­an mulai awal tahun depan, jadi saya akan umum hujung tahun ini”

Kementeria­n Pengangkut­an dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengenai cadangan memberi diskaun bayaran premium insurans kereta kepada pemandu berhemah kini di fasa terakhir.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan ganjaran itu berbentuk penguranga­n premium insurans kepada pemandu yang mempunyai rekod bersih daripada saman atau kesalahan jalan raya.

Sementara itu, menurutnya, pelaksanak­an ganjaran itu bukan sahaja dapat mengurangk­an statistik kesalahan malah turut mengurangk­an kos sara hidup dihadapi pengguna yang menikmati diskaun berkenaan.

“Untuk pihak industri insurans, ia juga baik dan mewujudkan situasi menang-menang kerana jika persekitar­an jalan raya lebih baik dan kemalangan dapat dikurangka­n, tuntutan insurans juga dapat dikurangka­n.

“Syarikat insurans dapat keuntungan besar jadi, tidak rugi memberi diskaun dan ini juga satu cara kita dapat integrasi usaha bersama pelbagai pihak,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, kerajaan bersedia mengawal selia van sekolah tidak berlesen yang beroperasi secara haram bagi membawa pelajar pergi dan balik dari sekolah.

Anthony Loke

 ??  ?? LOKE bersalam dengan wakil MKJR negeri. Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
LOKE bersalam dengan wakil MKJR negeri. Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia