Harian Metro

Untung empat kali ganda

Tiga stor jersi bola tiruan bernilai RM664,000 diserbu

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Mampu mengaut keuntungan antara satu hingga empat kali ganda dengan menjual jersi pasukan bola sepak ternama tiruan kepada pelanggan.

Bagaimanap­un, kelicikan peniaga yang menjalanka­n aktiviti itu sejak setahun lalu berakhir apabila tiga stor simpanan diserbu dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Lorong Haji Taib, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 12 tengah hari, 13,203 jersi dan jam tangan tiruan pelbagai jenama dianggarka­n bernilai RM664,000 dirampas.

Operasi membabitka­n sepasukan pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur dan Selangor turut disertai pemilik cap dagang berdaftar.

Timbalan Pengarah Penguatkua­sa (Pencegahan) KPDNHEP Suhaimi Mat Sari berkata, pemeriksaa­n terhadap tiga premis berkenaan merampas 13,203 jersi dan jam tangan tiruan dianggarka­n bernilai RM664,000 yang menggunaka­n perihal dagangan palsu.

“Kami turut menahan dua wanita dan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang bekerja sebagai penjaga premis untuk membantu siasatan.

“Siasatan mendapati premis berkenaan dijadikan stor barangan tiruan sejak setahun lalu.

“Sindiket itu dipercayai mengaut keuntungan berkali ganda hasil jualan jersi terbabit pada harga RM50 berbanding harga asal iaitu sekitar lebih RM100 hingga RM300,” katanya.

Katanya, bekalan barangan tiruan itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi berkata, 103 kes mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 direkodkan KPDNHEP di ibu negara dari Januari lalu hingga semalam.

“Setakat ini, 31 individu ditahan membabitka­n lapan warga tempatan dan 23 warga asing.

“Daripada 103 kes direkodkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, 74,990 unit barangan disita bernilai RM2,637,182,” katanya.

Katanya, pihak KPDNHEP memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat supaya tidak melanggar undang-undang dengan menjual produk tiruan.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNHEP meneliti jersi tiruan yang dirampas di sebuah pusat beli-belah di Lorong Haji Taib, semalam.
PEGAWAI KPDNHEP meneliti jersi tiruan yang dirampas di sebuah pusat beli-belah di Lorong Haji Taib, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia