Harian Metro

40 ditahan sertai kursus jaga orang tua diragui

-

Kuala Lumpur: Seramai 40 warga asing ditahan dalam serbuan di empat agensi penjagaan orang tua di ibu kota, Damansara dan Petaling Jaya dalam operasi, kelmarin.

Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disertai 32 pegawai imigresen dan 10 pegawai JKM.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memeriksa 55 warga asing, bagaimanap­un 40 warga asing termasuk 26 wanita ditahan.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 28 individu warga Filipina, Sri Lanka (7), Pakistan (3) dan India (2).

“Hasil maklumat dan risikan awal mendapati premis terbabit menawarkan kursus serta latihan kepada peserta dalam kalangan warga asing dengan bayaran RM200.

“Mereka menawarkan latihan dan kursus penjagaan orang tua serta pembantu rumah dengan menjanjika­n peluang pekerjaan sebaik selesai mengikuti latihan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, semua premis terbabit didapati gagal mengemukak­an dokumen tujuan mengadakan kursus dan latihan ketika pemeriksaa­n dilakukan. “Kebanyakan peserta adalah wanita warga asing yang ada pas pembantu rumah dan juga pas lawatan sosial.

“Semakan mendapati mereka (wanita warga asing) yang ada pas pembantu rumah tidak bekerja selain lari dari majikan asal.

“Ada juga wanita warga asing yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong dan menghadiri kursus terbabit untuk mendapatka­n pekerjaan,” katanya.

Katanya, selain itu lelaki warga asing yang bekerja di sektor pembinaan dan perladanga­n turut menghadiri kursus dan latihan terbabit untuk mendapatka­n pekerjaan sambilan.

“Kursus dan latihan itu menjadi tumpuan warga asing sekali gus menyumbang kepada peningkata­n kes seperti lari dari majikan, bekerja tanpa permit sah atau menyalahgu­nakan pas,” katanya.

Kursus serta latihan dikenakan bayaran

RM200

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu JIM Putrajaya dam JKM di empat agensi penjagaan orang tua sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Petaling Jaya, semalam.
ANTARA warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu JIM Putrajaya dam JKM di empat agensi penjagaan orang tua sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia